Menu

Doa Tidak Makbul. Apa Yang Tak Kena?

Doa adalah senjata orang mukmin. Itu yang biasa kita dengar tetapi mengapa doa tidak makbul walaupun sudah banyak kali berdoa kepada Allah?

Sebagai seorang hamba, kita tidak boleh berputus asa untuk terus berdoa kepada Maha Pencipta. Jangan kecewa jika doa belum makbul kerana ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian.

Sahabat Nabi bertanya;

“Adakah kami perlu memperbanyakkan doa, wahai Rasulullah?”Jawab Rasulullah;

“Allah sangat menyintai orang yang memperbanyakkan doa.”

Doa Tidak Makbul. Apa Yang Tak Kena?

Doa adalah inti ibadat. Allah SWT menjadikan doa sebagai alat untuk hambaNya berhubung terus denganNya selaku Maha Pencipta seluruh makhluk dan alam ini.

Imam Al-Qurtubi berkata;

“Apabila ditanyakan mengapa kita sudah banyak memanjatkan doa kepada Allah tetapi masih belum juga dikabulkan?”

Jawapannya kembali kepada ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah, ayat 186. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku kepadamu, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan doa setiap orang yang berdoa kepadaKu.”

Mesti Baca: Matahari Terbit Dari Barat. Bagaimana Keadaannya?

Doa Tidak Makbul

Dalam Surah al-Mukmin, ayat 60 menegaskan: Dan Tuhanmu berkata;

“Berdoalah kepadaKu pasti Aku kabulkan.”

Perkataan ‘Ujibu’ dalam ayat itu bermaksud;

“Aku mengabulkan doa” manakala perkataan ‘astajib’ pula bermaksud “Aku kabulkan”.

Bukanlah memberi pengertian secara mutlak bahawa semua doa meliputi pelbagai bentuk pasti dikabulkan begitu saja.

Apabila satu doa ingin dikabulkan, ia mesti memenuhi beberapa syarat ketika berdoa. Allah SWT menegaskan dalam ayat 55, Surah al- A’raf yang bermaksud;

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dengan suara yang lembut. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

Sebahagian ulama mengatakan, Allah SWT akan sentiasa mengabulkan doa apabila Dia menghendakiNya. Allah SWT berfirman dalam Surah al-An’am, ayat 41 yang bermaksud;

“Maka Dia menghilangkan bahaya yang kerananya kamu berdoa kepadaNya, jika Dia menghendaki.”

Itu termasuk bab mutlak dan muqayyad. Sebab Rasulullah SAW juga pernah memanjatkan doa mengenai tiga perkara, namun yang dikabulkan cuma dua perkara saja.

Sumber Artikel

Kesimpulannya, jangan berhenti berdoa. Jika doa tidak makbul lihat kembali dalam diri, bagaimana Allah akan mengabulkan doa sedangkan kita terus melakukan dosa.

Apa yang penting bagi kita ialah sentiasa memelihara dan menjaga etika dalam berdoa dan syarat yang ada di dalamnya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!