Siapa Nak Download Kaspersky Percuma?

Berita baik! Siapa nak download Kaspersky Percuma? Kaspersky Lab akan melancarkan perisian antivirus percuma yang boleh dimuat turun sempena ulang tahun ke-20 Kaspersky dalam masa beberapa bulan akan datang.

Jom benda percuma bukan senang nak dapat. Kalau bei mahal tu. Tetapi… bukan download sekarang ya. Tunggu dahulu nanti mereka umumkan bila boleh download 🙂

Download Kaspersky Percuma Sempena Ulang Tahun Ke-20 Kapersky Lab

SYARIKAT keselamatan siber Rusia Kaspersky Lab hari ini melancarkan perisian antivirus secara percuma, ‘Kaspersky Free’ sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20, lapor agensi berita Xinhua.

“Kami percaya setiap orang berhak merasa bebas daripada ketakutan terhadap ancaman keselamatan siber,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky Lab Eugene Kaspersky dalam laman web syarikat berkenaan.

Mesti Baca: Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

Pengasas syarikat itu mengumumkan pelancaran perisian antivirus percuma menerusi catatannya dalam laman blog.

 Kaspersky Percuma

Jelasnya, syarikat itu mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk menghasilkan versi percuma perisian antivirus yang dijangka dapat dimuat turun di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan akan datang.

Setakat ini, Kaspersky Free boleh didapati di Amerika Syarikat, Kanada, dan beberapa negara Asia Pasifik, rantau Rusia-Ukraine-Belarus, China dan juga di negara-negara Nordik.

Mesti Baca: Bahaya Media Sosial Kepada Masyarakat

Sementara itu, menurut laman web syarikat, perisian percuma itu akan ‘memberi kesan positif kepada kualiti perlindungan pengguna’.

Laman web itu berkata setakat ini terdapat lebih 400 juta pengguna dilindungi teknologi mereka dan syarikat itu juga memberi khidmat perlindungan kepada 270,000 pelanggan korporat. – Sumber

Kalau nak beli perisian antivirus Kaspersky ini memang agak mahal juga.

Nanti admin akan maklum bila boleh download Kaspersky percuma ini sebab admin pun mahu, benda free siapa tak nak betul tak 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!