Farizal Marlias Digantung Setahun Dan Denda RM170,567, Benjamin Mora Pun Kena
Susulan tindakan penjaga gol kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengasari pengadil perlawanan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara 31 Mei lalu, Farizal Marlias digantung setahun dan denda sebanyak RM170,567 oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Bagi yang terlepas aksi panas Farizal Marlias semasa perlawanan di antara JDT dengan Ceres Negros admin kongsikan video di bawah.
Farizal Marlias Digantung Setahun Dan Denda RM170,567, Benjamin Mora Pun Kena
“Pihak jawatankuasa menekankan bahawa integriti fizikal pegawai perlawanan mesti dihormati dan dilindungi pada setiap masa,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan AFC, hari ini.
Artikel Menarik: Urusan ASB Tidak Perlu Buku Mulai 28 Jun, Kad Pengenalan Cukup
Hukuman penggantungan 12 bulan itu membabitkan perlawanan seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi.

Farizal Marlias , Penjaga Gol JDT
Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini dikeluarkan iaitu 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018.
Nasib malang turut menimpa jurulatih Johor DT Benjamin Mora yang turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,000 (RM29,856) kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dan Etika AFC susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan itu berakhir. – Sumber
Kasihan juga admin melihat nasib yang menimpa Farizal Marlias digantung setahun dan denda RM170,567.
Mungkin duit bukan masalah kerana kita sedia maklum pemain JDT bergaji tinggi dan pemilik JDT sendiri menyatakan sokongan penuh kepada Farizal.
Masalahnya bakat dan pengalaman Farizal Marlias sebagai penjaga gol masih bernilai tinggi dan mungkin diperlukan pasukan Harimau Malaya.
Mungkin JDT dan Farizal akan merayu nanti, kita tunggu dan lihat.