Menu

Fasa Ketiga PKP Penentu, Jika Gagal Sambung Hingga Jun

Hari ini, 15 April 2020, bermula fasa ketiga PKP untuk mengurangkan rantaian jangkitan wabak COVID-19. Banyak harapan diletakkan untuk menamatkan segera wabak ini kerana jutaan rakyat bawahan menerima tempias akibat perlaksanaan PKP.

Namun, kejayaan usaha ini bukan terletak di bahu kerajaan sahaja, rakyat Malaysia yang menentukan sama ada mahu menamatkan segera PKP atau berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga bulan Jun nanti.

Kerajaan dilihat sudah mula mengambil langkah lebih tegas untuk mengatasi rakyat yang ingkar PKP tanpa alasan munasabah. TIADA lagi kompaun atau saman RM1000 jika ingkar tetapi mereka akan terus direman dan didakwa di mahkamah untuk hukuman lebih besar.

Mesti Baca: Ingkar PKP? Tiada Lagi Kompaun RM1000, Terus Naik Mahkamah

Fasa Ketiga PKP Penentu, Jika Gagal Sambung Hingga Jun

Fasa Ketiga PKP Penentu, Jika Gagal Sambung Hingga Jun

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan sehingga Jun, ini jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes jangkitan COVID-19 bertambah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika kes jangkitan COVID-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.

“Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.

“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fasa ketiga PKP akan bermula esok ialah tempoh penting dalam usaha negara menghapuskan wabak COVID-19.

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Ketika ini PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi menguat kuasa PKP – Sumber

Fasa ketiga PKP adalah penentu. Pilihan di tangan rakyat Malaysia sama ada mahu menamatkan segera atau melanjutkan PKP sehingga bulan Jun nanti.

Jangan degil! keluar hanya jika ada urusan penting sahaja. Kasihani mereka yang benar-benar mahu menamatkan jangkitan COVID-19 dengan bersabar duduk di rumah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!