Selepas Beauty & The Beast, Power Rangers Gay Pula….
Power Rangers gay? Selepas kecoh sekejap tayangan Beauty and the Beast diharamkan di Malaysia kerana watak gay dalam filem tersebut, watak adiwira Power Rangers pula terpalit dengan isu gay.
Sementara itu, tayangan Beauty and the Beast telah melepasi tapisan, diletakkan di bawah pengkelasan PG13 dan akan ditayangkan pada 30 Mac.
Kini, nasib Power Rangers pula sedang terumbang-ambing. Ini kerana Power Rangers dikatakan menjadi filem adiwira pertama memaparkan watak gay sebagai protagonisnya.
Khabar Angin Power Rangers Gay Belum Disahkan
Malaysia Outlook melaporkan sebuah rangkaian panggung wayang utama di negara ini telah menggantung jualan tiket filem itu.
Sumber Gambar: malaysiakini.com
Power Rangers dijadual menemui penonton di Malaysia pada 23 Mac 2017, Khamis ini.
Pengurus Pemasaran TGV Pictures ketika ditanya sama ada langkah itu dibuat susulan orientasi seksual salah satu wataknya menjawab:
“Ada spekulasi tetapi kami tidak dapat sahkan,” Grace Tan dipetik sebagai berkata.
Pengarah Power Rangers Dean Israelite dilaporkan berkata salah satu watak utama, Ranger Kuning, akan mempersoalkan seksualitinya dalam filem itu.
Artikel Menarik: Biar Betul Viva Anak Lelaki Proton Saga?
The Hollywood Reporter pula melaporkan filem itu telah “memecahkan sempadan” apabila memaparkan watak utama LGBT untuk pembikinan semula rancangan TV kanak-kanak era 90-an.
Terdapat akhbar melaporkan perkembangan itu dengan judul ‘Gay, gay Power Rangers’, yang meniru lagu popular francais itu go, go Power Rangers – Sumber
Siapa yang tak kenal Power Rangers?
Budak-budak yang lahir selepas tahun 2000 mungkin dah tak berapa mengenali Power Rangers tapi bagi yang lahir sezaman admin (lahir 80an) tentu biasa tengok cerita Power Rangers ni..
Kalau betul ada watak Power Rangers gay dalam filem yang akan ditayangkan ni memang patut diharamkan.
Jangan sesekali promosi budaya kuning dan songsang ni.