Gadis Ditelan Ular Sawa Di Kedah Hanya Palsu!

Agak kecoh juga hari ini gambar seorang gadis ditelan ular sawa di Kulim, Kedah. Admin ada terima beberapa keping gambar melalui Whatsapp dan ianya tular dengah cepat ke seluruh negara.

Sekali tengok macam “real” tapi sebenarnya PALSU!

Siapalah punya angkara ni.. dah tak ada kerja sangat dah ni…

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superitenden Barudin Wariso berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

gadis ditelan ular sawa

gadis ditelan ular sawa

“Kami turut menjalankan pemeriksaan dan mendapati perkara tersebut tidak berlaku. Disebabkan itu, kami yakin maklumat yang ditularkan itu adalah palsu.

“Justeru saya menasihatkan orang ramai agar menghentikan penularan gambar-gambar serta maklumat berkenaan kerana tindakan sebegitu mungkin akan mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya – Sumber

Mesti Baca: Budaya Mencarut: Spontan Atau Ikutan?

Polis telah pun mengesahkan gambar gadis ditelan ular sawa tersebut adalah palsu..

Seronok sangat buat-buat cerita ya….

Buat orang tak tentu arah je…

Daripada buat cerita gadis ditelan ular sawa macam ni …

Baik buat cerita gadis rela berkahwin percuma ada faedahnya 🙂

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!