Menu

Kerja McDonald’s: Gaji RM2500, Naik Pangkat Penolong Pengurus 6 Bulan Bekerja

Kerja McDonald’s nampak macam pekerjaan yang sesuai untuk lepasan sekolah atau pekerjaan sementara sebelum dapat pekerjaan lain betul tak?

Tetapi, itu pemikiran orang lama.. sekarang kerja McDonald’s boleh dijadikan pekerjaan yang menjamin masa hadapan dengan gaji yang semakin mahal dan laluan kemajuan kerjaya sangat memberansangkan!

Kerja McDonald's

Mengapa masih terus menganggur dan mengharapkan kerja kerajaan atau kerja yang setaraf dengan kelayakan sahaja jika anda mampu mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan dan peluang kenaikan pangkat yang mudah?

Percaya atau tidak, makan gaji dengan McDonald’s boleh memberikan pendapatan lumayan dengan gaji sehingga RM2,500 bergantung kepada lokasi anda bekerja dan yang paling menarik peluang menjadi Penolong Pengurus dalam masa 6 enam bulan sahaja.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Berhenti bermimpi! Buang ego! Jangan pandang kerja McDonald’s kerja budak-budak yang tak menjamin masa hadapan!

Kerja di mana-mana sama sahaja, yang penting niat untuk mencari rezeki yang halal dan tidak bergantung kepada orang tua lagi.

Kelebihan Kerja McDonald’s..

  • Pendapatan Hingga RM2,400++**
  • Peluang Kenaikan Pangkat Ke Penolong Pengurus Dalam 6 Bulan**
  • Asrama Disediakan**
  • Makanan Percuma
  • Kerja Lebih Masa (OT Elaun)
  • Pelbagai Elaun Menarik
  • 4x Bonus Setahun
  • Perubatan Percuma
  • Uniform Percuma
  • Dan Pelbagai Manfaat Lagi

** bergantung kepada lokasi

Soalan Biasa Apabila Memohon Kerja McDonald’s..

1. Selalu mohon kerja online tetapi tiada respons termasuk McD?

Datanglah ke Hari Kerjaya McDonald’s sebab peluang anda untuk dapatkan kerja sangat cerah! Anda pasti akan dapat info temuduga jika mohon atas talian melalui website www.harikerjayamcd.my .

2. Tempat temuduga terlalu jauh?

Jangan risau! Terdapat beberapa lokasi temuduga McD berdekatan dengan rumah yang anda boleh pilih di seluruh Malaysia.

3. Pendapatan yang ditawarkan oleh McD terlalu rendah?

Tidak lagi! Kali ni McD menawarkan pendapatan TERBARU untuk anda iaitu RM2,400++**!

4. Nak kerja tapi risau tiada tempat tinggal?

McD ada menyediakan hostel bagi mereka yang memerlukan di sekitar KL dan Selangor.

5. Dah lama kerja tapi belum ada peluang naik pangkat?

Jika anda kerja di McD, anda akan dinaikkan pangkat selepas 6 bulan bekerja ke Assistant Manager**.

6. Risau sekiranya anda tidak mencapai kelayakan yang ditetapkan?

Lulusan SPM, STPM mahupun Diploma layak untuk memohon asalkan anda berumur 19 tahun ke atas.
Ini peluang anda untuk menyertai syarikat yang telah dinobatkan sebagai “Best Employer 2017” Daripada AON!

** bergantung kepada lokasi

Untuk makluman, McDonald’s Malaysia sedang membuat ambilan pekerja besar-besaran untuk pelbagai jawatan.

Inilah masanya untuk anda mendapat pekerjaan yang menjamin laluan kerjaya yang cemerlang sehingga menjadi seorang PENGURUS dalam masa singkat!

Jangan Buang Masa Lagi! Kerja McDonald’s pun boleh 🙂

Kerja McDonald's

Masukkan EMAIL dan NAMA anda untuk sebarang info terkini panduan kerjaya, jawatan kosong kerajaan/swasta terkini, panduan temuduga dan peperiksaan kerja kerajaan.

[mailpoet_form id=”8″]

Leave a Reply

error: Content is protected !!