Raya Sudah Habis, Gaji Lambat Lagi, Boleh Bertahan Tak?

Gaji lambat lagi, boleh ke nak bertahan? Itu memang lumrah selepas berhabis sakan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Orang kata biar papa asal bergaya, tak nak kalah dengan jiran tetangga, adik beradik dan rakan.

Sebaik sahaja memulakan kerja pada hari pertama selepas raya kepala masing-masing mula memikirkan dompet yang nipis dan akaun bank yang berbaki berpuluh ringgit sahaja.

Raya Sudah Habis, Gaji Lambat Lagi, Ada Idea Nak Bertahan?

Apa yang boleh dibuat untuk menampung hidup sebelum hari gaji datang? Jom kita tengok apa yang boleh dibuat.

1. Berjimat/Ikat Perut

Dengan baki duit simpanan yang ada, cubalah bertahan apa yang termampu. Jimat belanja atau ikat perut, elakkan belanja ke arah yang tidak penting, makan ala kadar sahaja.

2. Pinjam Duit Kawan

Pinjam duit? masalahnya orang lain pun berhabis menyambut Aidilfitri, ada ke orang yang sanggup bagi kita pinjam duit? gaji lambat lagi. Kalau ada yang sanggup membantu bersyukurlah.

3. Pinjam Duit Raya Anak

Kalau anak banyak dapat duit raya, tidak salah pinjam sekejap untuk buat belanja sementara tunggu hari gaji, nanti dapat gaji ganti semula.

4. Bisnes

Nak bisnes apa selepas raya? ada lagi ke yang nak membeli? kalau pandai buat bisnes internet mungkin boleh cuba buat affiliate jual ebook kerana produk informasi sentiasa mendapat permintaan tidak kira masa. Idea ini pilihan utama admin. Tak tahu apa bisnes affiliate? Baca sini >> Buat Duit Online Dengan Affiliate

Setakat itu sahaja yang admin mampu fikirkan apa yang boleh dibuat selepas raya dengan gaji lambat lagi.

Kalau anda ada idea lain boleh tinggakan di komen 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!