Menu

Gaji Minimum RM1200 Sebulan Mulai 1 Januari 2020 (Senarai 57 Bandar Utama)

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum RM1200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan, hari ini, berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu mulai 1 Januari ini ke atas semua majikan dan perintah berkenaan akan diwartakan dalam masa terdekat.

Gaji Minimum RM1200 Sebulan Mulai 1 Januari 2020 (Senarai 57 Bandar Utama)

“Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan selain wilayah bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja,” katanya.

Mesti Baca: Mengapa Pilih Kerja Kerajaan? Gaji Swasta Lagi Mahal…

Kenyataan itu susulan pembentangan Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar utama.

Sementara itu, kenyataan itu berkata, kadar gaji minimum mengikut jam dan hari serta bagi pekerja yang dibayar mengikut upah kerja, perjalanan, komisen, tan dan tugasan akan diperincikan dalam perintah gaji minimum yang baharu.

Gaji Minimum RM1200 Sebulan Mulai 1 Januari 2020 (Senarai 57 Bandar Utama)

Katanya, gaji minimum dikekalkan penguatkuasaannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti dalam perintah gaji minimum 2018.

Keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar utama bagi membantu pekerja di kawasan itu berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Bandar raya utama yang terbabit ialah:

Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur

Manakala bandar utama ialah:

Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu, Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

Kenyataan itu menyebut, kadar gaji minimum RM1200 sebulan akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar keperluan semasa dan selaras hasrat mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). – BERNAMA

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!