Gambar Pertama Lubang Hitam (Black Hole) Berjaya Dirakam
Kita mengetahui dan telah belajar kewujudan lubang hitam black hole) sejak di bangku sekolah lagi tetapi tiada bukti bergambar dan nyata untuk mengesahkannya. Gambar yang sering diperlihatkan kepada kita hanya gambar ciptaan komputer (CGI). Ianya kekal menjadi teori sehinggalah semalam dunia dapat melihat detik bersejarah gambar pertama Lubang Hitam.
Kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia semalam, bukti kewujudan Lubang Hitam dipersembahkan kepada dunia buat pertama kali. Imej Lubang Hitam tersebut dirakamkan sejauh 50 juta tahun cahaya dari pusat galaksi dikenali sebagai M87 menggunakan Event Horizon Telescope (Teleskop Acara Cakerawala).

Imej cahaya mengelilingi Lubang Hitam telah mengesahkan teori astonomi tentang kewujudannya dan menjadi lonjakan kepada bidang Astronomi untuk mengkaji lebih mendalam tentang kewujudannya.
Mesti Baca: Usia Bulan Sudah 4.51 Bilion Tahun
Kalau kita masih ingat sewaktu di bangku sekolah, kita sering membayangkan Lubang Hitam akan menyedut semua objek masuk ke dalamnya kerana kuasa daya graviti yang tinggi. Dengan kejayaan merakam gambar Lubang Hitam ini, semoga kita dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana ianya berfungsi seperti yang dibayangkan.
Gambar Pertama Lubang Hitam (Black Hole) Berjaya Dirakam
PARIS: Buat pertama kalinya sekumpulan saintis hari ini menyiarkan gambar satu lubang hitam dan lingkaran halo yang menakutkan yang dirakamkan menggunakan Event Horizon Telescope (EHT).
Timbalan Pengarah Institut Millimetrik Astronomi Radio (IRAM), Frederic Gueth berkata, gambar itu adalah bukti paling terus mengenai kewujudan lubang hitam.
Gambar Pertama Lubang Hitam (Black Hole) Berjaya Dirakam
Lubang hitam mempunyai tarikan graviti yang terlalu kuat hingga menarik semua objek termasuk cahaya menjadikan ia tidak dapat dilihat.
Bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi EHT kumpulan saintis berkenaan dapat merakamkan gambar lubang hitam di galaksi M87 yang mempunyai berat 6.5 bilion kali lebih besar daripada matahari.
EHT menggunakan semua milimetrik teleskop atau teleskop radio di seluruh dunia untuk membuat cerapan secara serentak untuk melihat objek yang mempunyai tarikan graviti terlalu kuat seperti lubang hitam.
Akhirnya, gambar Lubang Hitam yang biasa kita lihat dengan teknik komputer (CGI) dibuktikan dengan gambar pertama Lubang Hitam yang sah. Semoga banyak lagi teori Astronomi dapat dibuktikan dengan kemajuan teknologi.