Menu

Gangguan Air Lembah Klang 24 – 27 April Libatkan Enam Wilayah.

Kurang 24 jam daripada artikel ini ditulis, gangguan air Lembah Klang yang melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan bermula daripada esok, 24 April sehingga 27 April disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Semoga warga Lembah Klang bersiap sedia daripada sekarang kerana tempoh tersebut agak lama, kira-kira empat hari. Jika tidak menyimpan bekalan air yang cukup, sudah pasti akan menyeksa isi rumah terutama bagi keluarga besar.

Gangguan Air Lembah Klang 24 – 27 April Libatkan Enam Wilayah.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menggerakkan 82 buah tangki air dan 17 jumbo tanker sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ke enam wilayah terbabit.

Selain bantuan melalui lori-lori tangki, sebanyak 106 buah tangki statik turut diletakkan di lokasi-lokasi strategik dan premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan sebagainya. Syabas juga akan mengaktifkan 10 pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi memberi bantuan bekalan air.

Mesti Baca: Jaga Ibu Bapa Nyanyuk Bukan Senang. Ini Caranya….

PKS ini akan diaktifkan bermula pukul 8 pagi pada 26 April dan beroperasi 24 jam sehingga bekalan air pulih sepenuhnya. Setakat ini juga, Syabas tidak meminta bantuan pihak lain memandangkan semua aset Syabas yang digerakkan mampu membantu pengguna yang terjejas.

Bagi kes-kes kecemasan seperti kematian dan kenduri kahwin, pelanggan boleh menghubungi Syabas di Pusat Panggilan Air Selangor di talian 15300, SMS Tanker ke 15300 dan Whatsapp ke 0192816739 atau 0192800919.

Sumber

Gangguan Air Lembah Klang akan bermula daripada 24 April sehingga 27 April, kira-kira empat hari.

Pastikan warga yang terlibat dengan enam wilayah terbabit menyimpan air secukupnya.

Semoga bertabah dan bersabar.

Leave a Reply

error: Content is protected !!