Gangguan Bekalan Air Isnin: Lebih 3 Juta Terjejas
Penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air pada hari Isnin (19 Disember 2016) yang melibatkan 814 kawasan dan seramaiĀ 3,892,641 pengguna membabitkan membabitkan 707,759 akaun dijangka akan terjejas.
Kawasan yang dijangka terjejas adalah daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor danĀ Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail, berkata gangguan bekalan air tersebut bertujuan bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.
Beliau berkata, kerja henti tugas TNB akan bermula jam 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam. “(Ia akan) menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca Juga: Tambang Percuma MRT Sebulan
Mohd Ridhuan berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja penyelenggaraan selesai dan loji-loji rawatan air terbabit beroperasi semula. “Pengguna dinasihati untuk menyimpan air mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara ini,” katanya – Sumber Berita Harian Online
Orang ramai di kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air Isnin (19 Disember 2016) ini hendaklah menyimpan bekalan air secukupnya.
Kesusahan hari ini adalah untuk kesenangan masa depan.