Menu

Garis Panduan & Cara Sambut Aidilfitri 2020 Semasa PKP

Kita dalam Fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya tamat pada 12 Mei, namun tidak mustahil PKP akan berlarutan sehingga 01 Syawal yang dijangka jatuh pada 24 Mei 2020. Jika ianya menjadi realiti, ianya satu pengalaman baru yang perlu dilalui. Bagaimana cara sambut Aidilfitri 2020 semasa PKP?

UPDATE: JAKIM MENAFIKAN MENGELUARKAN GARIS PANDUAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2020 MELALUI FACEBOOK RASMI MEREKA.

SUMBER ARTIKEL INI DIPETIK DARIPADA HARIAN METRO JUGA TELAH DIPADAM OLEH PIHAK HMETROSUMBER ASAL

Garis Panduan & Cara Sambut Aidilfitri 2020 Semasa PKP

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan garis panduan bagi sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Garis panduan itu merangkumi kaedah solat sunat Aidilfitri, takbir hari raya, rumah terbuka, ziarah raya dan ziarah kubur yang kebiasaannya menjadi amalan ketika Syawal.

Matlamat penetapan garis panduan itu adalah memberi penerangan kepada masyarakat khususnya umat Islam mengenai kaedah sambutan Aidilfitri.

Mesti Baca: Tangguh Cuti Raya Aidilfitri 2020. Indonesia Dah Umum. Malaysia?

Garis Panduan & Cara Sambut Aidilfitri 2020 Semasa PKP

Berikut adalah garis panduan dan cara sambut Aildilfitri 2020 jika kita perlu melalui PKP ketika itu:

  • Solat sunat Aidilfitri di rumah boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah namun ahli keluarga yang dikuarantin tidak dibenarkan turut serta.
  • Pesakit dan petugas di hospital juga dibenarkan melakukannya tetapi perlu mengikut peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Takbir raya pula digalakkan di rumah manakala hanya rakaman suara imam, bilal dan siak dibenarkan di masjid atau surau.
  • Meskipun begitu, takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan dan pengendali stesen penyiaran disarankan menyiarkan rakaman yang sedia ada dengan meletakkan kapsyen ‘rakaman ini dibuat sebelum tempoh PKP’.
  • Penganjuran rumah terbuka yang menjadi kelaziman juga tidak boleh dilakukan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
  • Begitu juga dengan amalan ziarah menziarahi untuk bersilaturahim yang diganti dengan berhubung menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri.
  • Bacaan Yasin dan tahlil di rumah bersama keluarga saja selepas solat sunat Aidilfitri disarankan bagi menggantikan amalan menziarahi kubur pada hari raya.

Suka atau tidak kita terpaksa melalui kebiasaan baru ini buat sementara wabak COVID-19 masih belum pulih. Dengan garis panduan dan cara sambut Aildilfitri 2020 yang dikeluarkan seolah-olah menjadi satu isyarat kita terpaksa beraya dalam PKP tahun ini.

Walapun negara kita sudah mula menunjukkan pemulihan tetapi kita tidak boleh leka kerana wabak ini sangat mudah berjangkit.

Jika kita mengabaikan langkah-langkah keselamatan seperti sekarang, tidak mustahil kita terpaksa menempuh PKP selepas raya Aidilfitri nanti. Kita terpaksa berkorban puasa dan raya tahun ini untuk kesihatan dan kesenangan masa depan.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!