Menu

Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak

Gear auto susah masuk? itu menunjukkan tanda-tanda kerosakan gearbox. Kalau gear auto rosak, kos untuk menukar yang baru memang tinggi.

Pengalaman admin sendiri menukar gearbox auto Proton Wira mencecah 1500 sebiji. Itupun yang telah digunapakai (second-hand). Kalau tengah tiada duit memang pecah kepala otak, kereta pula nak pakai kerja, hantar anak sekolah dan sebagainya.

Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak

Kita balik semula kepada masalah gear auto susah masuk. Gear auto dalam keadaan baik memang lancar sahaja penukaran daripada satu gear kepada gear lain tetapi kalau gear mengaum tentu ada yang tidak kena.

Punca Gearbox Auto Rosak

Kalau anda guna kereta dengan gear automatik jangan terlalu nak berjimat sangat untuk kos penyelenggaraan kerana kalau gearbox rosak lagi tinggi kos yang perlu anda tanggung akibat nak berjimat sangat. Lagipun bukan setiap bulan kena buat betul tak?

  • Lambat menukar minyak gear
  • Tidak pernah tukar filter auto
  • Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
  • Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
  • Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
  • Tidak pernah menambah minyak gear

Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak

Kalau anda pengguna lama kereta auto mungkin anda boleh merasai kelainan ketika memandu dan mungkin anda tahu serba sedikit tanda-tanda gearbox rosak tetapi kalau pengguna baru mungkin akan anggap perkara biasa dan teruskan memandu tanpa rasa bersalah. Cuba lihat tanda-tanda gearbox rosak:

Mesti Baca: Tips Memandu Kereta Auto Dengan Betul

Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak

  • Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
  • Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
  • Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
  • Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  • Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
  • Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar
  • Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Ada Tanda-Tanda Gearbox Auto Rosak. Apa Nak Buat?

Kalau hendak tukar sebiji gearbox auto memang memakan kos yang tinggi sehingga ribuan ringgit! Kalau kereta anda ada tanda-tanda gear auto susah masuk cuba dahulu buat penyelenggaraan gearbox terlebih dahulu.

  • Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  • Tukar minyak auto
  • Tukar mounting gearbox
  • Tukar pin pada panel gear
  • Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Mesti Baca: Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian Tanah. Yang Mana Satu?

Jalan terakhir adalah tukar gearbox baru atau terpakai (second-hand) kalau buat apa-apa penyelenggaraan pun tidak berkesan. Siap sedialah sekurang-kurangnya RM1500++

Jika anda pengguna kereta automatik, beringatlah selalu! jangan kedekut atau berkira sangat untuk keluarkan kos penyelenggaraan minyak auto (bukan setiap bulan).

Kalau dah terjadi gear auto susah masuk mungkin dah terlambat lagi.

32 Comments
  1. Cheah May 22, 2019
    • mikael_karl May 22, 2019
  2. efirafaie June 12, 2019
    • mikael_karl June 12, 2019
      • Gavir August 14, 2019
        • mikael_karl August 15, 2019
          • Sham December 4, 2019
          • mikael_karl December 5, 2019
  3. Saiful September 23, 2019
    • mikael_karl October 25, 2019
  4. Mohd nasir October 25, 2019
    • mikael_karl October 25, 2019
  5. awal November 20, 2019
    • mikael_karl November 26, 2019
  6. Naim Said November 22, 2019
    • mikael_karl November 26, 2019
  7. Aidil February 15, 2020
    • mikael_karl February 17, 2020
  8. Daniel January 24, 2021
    • mikael_karl January 28, 2021
  9. Hezreen Naufal Bin Abdullah March 28, 2021
    • mikael_karl March 29, 2021
    • Yanna November 17, 2021
      • mikael_karl January 7, 2022
  10. Hezreen Naufal Bin Abdullah March 28, 2021
    • mikael_karl March 29, 2021
  11. Amirul April 28, 2022
    • mikael_karl June 24, 2022
  12. cerap September 8, 2022
    • mikael_karl October 11, 2022
  13. azizul March 3, 2023
  14. aiman April 25, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!