Gol Faiz Subri Setaraf Messi, Neymar. Jom Undi Puskas
Sepakan melambung dan melencong yang dibuat Mohd. Faiz Subri pada 16 Februari lalu tersenarai dalam 10 sepakan terbaik bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Ini menjadikan gol Faiz Subri setaraf gol yang dibuat oleh Lionel Messi dan Neymar tahun ini.
Ianya telah disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam laman sosial Twitter rasmi FIFA.com semalam.
Selain jaringan gol oleh Faiz Subri, sembilan lagi nama yang tercalon adalah Mario Gaspar, Hiompho Kekana, Marlone, Lionel Messi, Neymar, Saul Niguez, Hal Robson-Kanu, Daniuska Rodriguez, Simon Skrabb.
Anugerah Puskas diperkenalkan FIFA pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik setiap tahun.
Baca Juga: Cristiano Ronaldo Pemain Terbaik La Liga 2015-2016
Jaringan gol Faiz Subri dari jarak 30 meter menjadi viral di internet selepas ia melambung, melencong sebelum masuk ke dalam gol lawan ketika Pulau Pinang membelesah Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Jom undi Faiz Subri untuk merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Walaupun bola sepak kita tak sehebat mana tetapi kemenangan Faiz Subri akan menaikkan nama Malaysia dalam kancah bola sepak dunia.