Menu

Hajiji Ketua Menteri Sabah Pilihan GRS

PRN Sabah 2020 sudah diketahui keputusan siapa pemenangnya. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diwakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disahkan sebagai gabungan yang berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru, mengambil alih kerajaan pimpinan parti Warisan. Persoalannya, siapa Ketua Menteri Sabah yang baru?

Walaupun GRS menang dengan kerusi yang tipis tetapi disokong oleh wakil bebas menjadikan mereka agak selesa berbanding Warisan. Kita berharap kemelut politik Sabah berakhir dengan PRN ini. Jangan ada lagi yang buat drama bodoh melompat sana sini kerana habuan, cukuplah! dengan situasi Covid-19 di Sabah yang agak membimbangkan juga.

Siapa Ketua Menteri Sabah yang baru pasca PRN Sabah 2020? Walaupun GRS menang tetapi mereka dilihat tidak sepakat untuk meletakkan calon ketua menteri gabungan mereka berbanding gabungan Warisan Plus yang mengekalkan calon ketua menteri yang sama sebelum PRN.

Selepas perbincangan demi perbincangan, akhirnya keputusan siapa Ketua Menteri yang baru dimuktamadkan.

Hajiji Ketua Menteri Sabah Pilihan GRS

Hajiji Ketua Menteri Sabah Pilihan GRS

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor menerima sokongan sebulat suara untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, esok.

Mesti Baca: Berapa Kos Pilihan Raya Kecil?

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sabah, pada sidang media selepas perjumpaan tertutup Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri disokong semua wakil rakyat PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami setuju sebulat suara mereka menamakan saya sebagai Ketua Menteri,” katanya ketika ditanya siapa dinamakan sebagai Ketua Menteri.

Sidang media itu turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!