Menu

Harga Bilik Hotel Naik RM2.50 Ke RM20 Mulai 01 Julai 2017

Mulai 01 Julai 2017, cukai pelancongan akan mula dilaksanakan yang menyaksikan harga bilik hotel akan bertambah daripada RM2.50 dan RM20 bagi hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Selepas 01 Julai nanti rasanya semua dah boleh kurangkan tidur di hotel, buat khemah saja untuk jimatkan duit dan akhirnya cukai pelancongan gagal dilaksanakan dan terpaksa dimansuhkan. Jahat idea admin kan? 🙂

Bulan puasa ni admin malas nak marah dan merapu banyak, baca sajalah petikan artikel daripada Berita Harian Online.

Harga Bilik Hotel Bertambah Mulai 01 Julai 2017 Kerana Cukai Pelancongan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini.

Dengan itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

“Warta (Cukai Pelancongan) ini automatik, mengikut prosedur negara apabila dilulus oleh Parlimen maka pewartaan itu automatik, …jadi yang berkuasa dalam melakukan undang-undang ialah Parlimen dan pewartaan itu hanya formaliti saja.

Harga Bilik Hotel

“Kalau nak kata belum warta, itu betul, tapi bukan boleh menghalang kehendak anggota Parlimen kita yang telah sebulat suara meluluskan kerana cukai ini akan dilaksanakan, dan pasti akan dilaksanakan.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Jadi sasaran kita ialah 1 Julai,” katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan “Perfect China Seminar – The New Beginning” di sini malam ini. Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata, Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus – Sumber

Jika tiada aral melintang, mulai 01 Julai nanti kita perlu bayar lebih untuk tidur semalam di hotel kerana perlaksanaan cukai pelancongan.

Kalau dahulu harga bilik hotel semalam bayar RM100 dah jadi RM102.50 atau lebih lagi.

Emmm… macam-macam cukai mula diperkenalkan.

Selepas ini ada cukai buang air besar di tandas awam pula kot 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!