Menu

Harga Kad Tambah Nilai Prabayar 2017 Kekal Tiada GST

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mana harga kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun depan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah tersebut diambil untuk meringankan beban rakyat kerana menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia menggunakan kad tambah nilai prabayar.

Kerajaan sebelum ini telah mengecualikan cukai GST terhadap kad tambah nilai prabayar bermula 1 Januari lepas sehingga 31 Disember ini yang mana harga kad tambah nilai prabayar kekal seperti sebelum GST dilaksanakan..

Harga Kad Tambah Nilai Prabayar

Sementara itu, kerajaan juga mengumumkan Tambang Percuma MRT Sebulan bermula 16 Disember 2016 sehingga 17 Januari 2017.

Tambang MRT secara percuma ini sempena pelancaran Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar.

Laluan fasa satu itu mempunyai 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju Bil Elektrik Tak Naik Sehingga Jun 2017  kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.

Dengan pengekalan rebat oleh kerajaan itu, pengguna tidak akan membayar bil elektrik yang lebih tinggi sekiranya jumlah penggunaan elektrik adalah sama

Terdapat tiga pengumuman penting daripada kerajaan dalam masa terdekat ini. Pastinya yang memberi kelegaan adalah harga kad tambah nilai prabayar kekal dan bil elektrik tidak naik tahun depan.

Semoga akan ada lebih banyak pengumuman yang memberi kelegaan kepada rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!