Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016

Menjelang tarikh 01 November 2017 laman sosial Facebook dibanjiri dengan komen, keluhan dan kemarahan rakyat Malaysia kerana harga minyak masak petrol dan diesel November 2016 naik mendadak pasca pembentangan Bajet 2017.

Memang agak memeranjatkan kerana rakyat Malaysia terpaksa menanggung kenaikan dua barangan serentak dalam situasi kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Sudah tentu paling mengejutkan adalah kenaikan harga minyak masak yang dilihat khabar angin sebelum Bajet 2017 tapi akhirnya menjadi kenyataan.

Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016

Harga minyak petrol RON95, RON97 serta diesel akan naik 15 sen seliter mulai tengah malam 01 November 2016.

Harga runcit terkini bagi RON95 ialah RM1.95 seliter manakala RON97 ialah RM2.30 seliter.

Manakala harga runcit terkini bagi diesel pula ialah RM1.90 seliter.

Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016

Sebelum ini kenaikan harga minyak masak dilihat seperti khabar angin semata-mata tapi ianya menjadi kenyataan apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak terkini akan berkuatkuasa mulai 01 November 2016.

Harga minyak masak mulai 01 November 2016 adalah seperti berikut:

  • Harga minyak masak paket 1 kg : harga kekal RM2.50 1 kilogram
  • Harga minyak masak dalam botol melebihi 1kg : Harga adalah mengikut harga pasaran mulai 1 November 2016.

Kategori minyak masak yang terjejas antara lain adalah minyak masak 2kg, 3kg dan 5kg termasuklah produk minyak campuran serta minyak sawit tulen yang dijual dalam botol besar.

Harga minyak petrol dan diesel memang turun naik setiap bulan. Pengguna pun mungkin dah biasa dengan situasi ini tapi kenaikan sehingga 15 sen itu agak banyak juga.

Kenaikan harga minyak masak pula perkara baru yang akan dihadapi mulai November 2016. Memang agak perit dalam kos sara hidup tinggi ketika ini

Kenaikan Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016 tak dapat dielak lagi. Apa yang boleh kita buat adalah cuba berjimat dan elakkan pembaziran duit ke arah yang bukan keperluan.

Baca Juga: Bajet 2017 Beri Diskaun Bayaran PTPTN

Leave a Reply

error: Content is protected !!