Harga Petrol dan Diesel Turun 5 Sen Disember 2016

Harga petrol dan diesel turun lima sen bagi bulan Disember 2016. Oleh itu, harga baru RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Disember 2016 ditetapkan seperti berikut:

  • RM1.90 untuk RON95
  • RM2.25 untuk RON97
  • RM1.80 untuk diesel

Penurunan harga minyak dan petrol ini pasti melegakan pengguna selepas dua bulan berturut-turut harga minyak petrol dan disel naik yang menambah tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah, harga minyak petrol dan diesel bulan ini mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.

Harga Petrol dan Diesel

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Sedikit sebanyak harga petrol dan diesel turun bulan Disember 2016 ini pasti melegakan orang ramai. Walaupun penurunan tidak setara dengan kenaikan yang mana harga minyak naik sampai 20 sen tetapi turun hanya 5 sen sahaja.

Realiti zaman sekarang harga minyak naik tetapi harga barang tidak akan turun. Apa yang boleh kita lakukan cuba berjimat cermat dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini.

Baca Juga: Harga Gula Naik Tunggu Keputusan Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!