Menu

Hari Jururawat Sedunia: Fakta Menarik Kerjaya Jururawat

Tanggal 12 Mei setiap tahun adalah Hari Jururawat Sedunia. Kiranya hari ini adalah hari raya bagi seorang jururawat 🙂

Anda seorang jururawat? Pernah tak ambil tahu di mana dan bila bermulanya sambutan Hari Jururawat Sedunia? Atau kerja saja janji gaji masuk 🙂

 Hari Jururawat Sedunia

Hari Jururawat Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Nurses Day) ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat.

Mesti Baca: Kenali Tanda – Tanda Anak Autisme, Semak Sekarang!

Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan “Hari Jururawat” (Bahasa Inggeris: Nurses Day).

Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965 – Sumber Wikipedia

Sempena Hari Jururawat Sedunia Ketahui Fakta Menarik Kerjaya Jururawat

Jururawat sering menjadi mangsa kemarahan dan rasa tidak senang pesakit, sedangkan merekalah individu yang bersengkang mata demi menjaga pesakit di hospital.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sering dipandang ringan walaupun peranan mereka cukup penting. Buat silap sikit habis viral sana sini.

Ok admin nak kongsikan fakta menarik kerjaya jururawat yang admin petik daripada Astro Awani.

  • Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat)
  • Aksesori kepala atau nurse cap diinspirasikan daripada aksesori biarawati yang dikenakan untuk menjaga rambut agar tidak berselerak.
  • Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India, dan ditubuhkan pada 250 sebelum masihi.
  • Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani di dunia. Dia bukan sahaja seorang jururawat tetapi juga seorang bidan dan telah membantu kelahiran 1,300 bayi.
  • Daripada jumlah itu, hanya dua kelahiran sahaja tidak berjaya.
  • Florence Nightingale, salah seorang ikon kejururawatan moden, sebenarnya hanya bertugas sebagai jururawat selama tiga tahun.
  • Tarikh 12 Mei yang dipilih sebagai Hari Jururawat juga adalah tarikh kelahiran Nightingale.
  • Nightingale paling dikenali kerana khidmatnya merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Krimea dari tahun 1853 hingga 1856.
  • Antara masalah kesihatan yang kerap dialami oleh jururawat adalah sakit tulang belakang (back injury).
  • Satu pertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika adalah lelaki.
  • Kira-kira 41% daripada jumlah jururawat lelaki bertugas sebagai nurse anesthetists, yang bertanggungjawab dalam pengurusan anesthesia.
  • Ia dianggap sebagai cabang kejururawatan dengan pendapatan paling tinggi.

Kerjaya jururawat memang menuntut kesabaran yang tinggi. Bukan kerenah pesakit sahaja tetapi waktu kerja yang tidak menentu juga di antara cabaran kerjaya sebagai jururawat.

Berminat menjadi jururawat? Baca Kerjaya Jururawat: Kerjaya Murni Dan Lumayan

Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di seluruh pelusuk negara dan dunia.

Anda memang seorang yang hebat!

Abaikan cacian dan jalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Ganjarannya lebih besar daripada sekadar gaji bulanan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!