Hari Mengundi PRU14 Jatuh Hari Bekerja, Jom Bilang Cuti Tahun Berapa Tinggal..
Hari Mengundi PRU14 Jatuh Hari Pada Hari Bekerja. PRU14 kali ini dianggap pertembungan yang sangat sengit di antara kerajaan sementara dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menentang bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak Barisan Nasional semakin memuncak. Di mana-mana sahaja ceramah Pakatan Harapan boleh dikatakan rakyat yang hadir di luar jangkaan dan paling menarik mereka datang suka rela, tanpa upah dan tidak dibawa dengan bas untuk meramaikan majlis.
Dalam PRU14 nanti, dijangka anak muda menjadi penentu yang mana jika dihalusi golongan ini paling banyak menongkah arus menolak kepimpinan Barisan Nasional.
Mesti Baca: Majikan Sebabkan Pekerja Stress Boleh Dikenakan Tindakan
Ada yang berkata ini adalah taktik kerajaan sementara untuk mengekalkan kuasa kerana majoriti anak muda adalah perantau dan untuk balik mengundi dalam hari bekerja tentu sukar kerana mereka perlu mengambil cuti panjang iaitu sebelum dan selepas mengundi.
Akhirnya, ramai golongan muda tidak dapat pulang mengundi kerana tidak dapat cuti dan macam-macam lagi masalah.
Apapun, itu hanya tekaan sahaja. Kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana nanti.
Hari Mengundi PRU14 Jatuh Hari Bekerja, Jom Bilang Cuti Tahun Berapa Tinggal..
Tarikh mengundi PRU14 semua dah tahu jatuh pada 09 Mei 2018 (Rabu). Ini bermakna pengundi yang layak mesti merancang cuti daripada sekarang jika mahu mengekalkan pemerintahan kerajaan sementara atau memberi mereka cuti rehat selama 5 tahun dengan memilih Pakatan Harapan.
Sebelum itu, anda tahu tak berapa kali hari mengundi jatuh pada hari bekerja?
Sumber Gambar: malaysiakini.com
Sepanjang sejarah PRU hari membuang undi ditetapkan pada hari biasa hanya terjadi empat kali iaitu pada 1959, 1982, 1999 dan 1995.
Suasana dahulu tidak sama dengan sekarang kerana gelombang dan angin perubahan semakin ketara. Entah apa yang difikirkan SPR membuat PRU pada hari bekerja, di tengah minggu pula. Kalau hari Isnin mungkin rakyat tak marah sangat.
Hari mengundi PRU14 jatuh pada hari Rabu bermakna orang yang jauh perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 hari cuti untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi.
Lantaklah labu….
Yang penting admin akan turun mengundi nanti 🙂