Menu

Hari Raya Dah Dekat, Cik Salmah Tak Buat Kuih?

Hari Raya Dah Dekat, Cik Salmah Tak Buat Kuih? Mesti ramai yang tahu dialog ni betul tak? Kalau tak silap filem Bujang Lapok semasa Ramlee duduk “berdating” dengan Salmah di bawah pokok.

Admin bukan nak cerita dialog si Ramlee ni tapi admin nak kongsi atau borak kosong saja tentang kuih raya. Bila dekat saja hari raya, kaum ibu atau senang cakap kaum perempuan ni mulalah sibuk fikir kuih raya tahun ni.

Hari Raya

Hari Raya Dah Dekat, Cik Salmah Tak Buat Kuih?

Ada yang sanggup mengintai jiran nak lawan kuih raya siapa paling banyak atau paling sedap. Kuih raya macam-macam jenis tak cukup satu meja beli pula meja baru nak letak kuih raya yangbanyak tu.

Macam-macam hal betul tak?

Kuih Raya Tunjuk-Tunjuk Je…

Ini sudah pasti! zaman sekarang berapa kerat sangat yang masih sanggup bersengkang mata nak buat kuih raya sampai pagi. Pergi sahaja ke bazar hari raya tunjuk saja mana kuih yang nak. Sedap ke tak belakang cerita janji kuih raya aku banyak.

Mesti Baca: Cuti Sekolah Seminggu Sempena Aidilfitri 2017

Memang masih ada segelintir kaum perempuan yang buat kuih raya ni tapi dah tak ramai. Salah satu sebabnya kekangan masa kerana ramai isteri-isteri zaman sekarang kebanyakannya bekerja.

 

Itupun berapa ramai sangat yang tahu buat kuih raya tradisional kerana resepi dan cara pembuatannya berbeza dan merumitkan.

Contohnya, kuih bahulu.

Zaman sekarang kuih bahulu bakar saja dalam oven tetapi orang tua dahulu bakar dengan sabut kelapa. Rasa dan aroma kesedapan bahulu tu berbeza. Memang rumit tapi ada yang sanggup buat?

Malaslah….. beli oven mahal-mahal nak pergi panjat pokok kelapa pula cari sabut buat apa?

Hari Raya Dah Dekat, Cik Salmah Tak Buat Kuih?

Dialog ni admin nak tujukan kepada isteri tersayang admin… raya dah dekat, buat kuih ke tunjuk-tunjuk saja 🙂

Isteri admin sejak akhir-akhir ni kerap pula buat kuih, google sana sini belajar buat kuih saja. Ada juga admin terdengar dah nak mula buat kuih raya, entah kuih apa pula tahun ni..

Baguslah tu nanti dah pandai boleh buat bisnes jual kuih raya pula tahun depan.

Malas Buat Kuih? Bazar Hari Raya Dah Buka, Jom Tunjuk Je…

Hari ini admin lalu di hadapan bazar hari raya di dataran Temerloh nampak macam dah mula berniaga. Nanti ada masa admin nak pergi jenguk juga, nak lihat bermacam-macam jenis kuih raya moden dan tradisional yang dijual di sana.

Bukan kuih raya saja. Baju melayu, baju kasual, kasut dan macam-macam lagi ada. Pendek kata, tunjuk je lah… janji ada duit.

Hari raya dah dekat kira-kira dua minggu saja lagi.

Suami dah boleh bertanya isteri masing-masing “Hari Raya Dah Dekat, Cik Salmah Tak Buat Kuih?”

Tengok apa mereka jawab 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!