Menu

Huawei Mate 9 Di Malaysia 22 November 2016

Huawei Mate 9 bakal menemui rakyat Malaysia pada 22 November 2016. Telefon pintar terbaru keluaran Huawei ni telah dilancarkan secara besar-besaran di Munich, Jerman baru-baru ini.

Telefon pintar Huawei Mate 9 didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu ‘Champagne Gold‘ dan ‘Mocha Brown‘.

Telefon tersebut boleh dibeli di semua rangkaian pengedar sah Huawei di seluruh negara pada harga RM2,699 seunit.

Peminat telefon pintar keluaran Huawei juga boleh membeli secara dalam talian semasa pra-tempahan jualan ekslusif menerusi Lazada Malaysia dan Vmall.my bermula hari ini.

Huawei Mate 9

10 Pembeli Pertama Huawei Mate 9 Dapat Percuma Papan Kekunci Bluetooth Boleh Lipat

Sebagai ganjaran kepada 10 pembeli pertama telefon pintar ini secara atas talian akan mendapat papan kekunci Bluetooth boleh lipat bernilai RM499 secara percuma.

Menurut kenyataan Huawei Malaysia, negara ini di antara beberapa negara terawal bakal menerima model terbaru dan termaju bagi siri telefon pintar Huawei menjadikan Malaysia di antara negara terawal merasai pengalaman menggunakan Huawei Mate 9 nanti.

Peminat telefon pintar keluaran Huawei boleh mendapatkan Huawei Mate 9 pada 22 November ini dan tempahan awal boleh dibuat sekarang melalui pembelian secara online di Lazada dan Vmall.my bermula hari ini pada harga RM2,699 seunit.

Peminat jenama Huawei pasti tak sabar menjadi di antara yang pertama untuk dapatkan model ini betul tak? 🙂

Baca Juga: Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Di Pawagam 24 November 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!