Hujah TMJ Tak Cerdik – Kumpulan Peguam
Perdebatan terbuka di antara Istana Johor dengan kerajaan semakin hangat apabila salah seorang peguam yang diketahui memihak kerajaan iaitu Latheefa Koya daripada Parti Keadilan Rakyat membidas hujah TMJ tak cerdik. Beliau mengeluarkan kenyataan itu mewakili suara kumpulan peguam iaitu Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).
Pedas sungguh kenyataan daripada Latheefa Koya itu. Sudah pasti beliau akan mendapat jawapan balas yang juga panas daripada TMJ nanti.
Hujah TMJ Tak Cerdik – Kumpulan Peguam
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mengkritik hujah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menentang usaha Malaysia meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
“Hujah seperti ini betul-betul tak cerdik (downright silly) dan tidak matang.
“Kenapa kita ada undang-undang trafik – jika kita masih ada kemalangan? Dengan logik anda, biar kita buang peraturan trafik.
“Pergi baca sejarah sikit dan lihat bagaimana masyarakat antarabangsa membuang Apartheid,” kata Pengarah eksekutif LFL Latheefa Koya.
Mesti Baca: Johor Dalam Johor, Kenapa Tak Boleh Campur?
Mesti Baca: Bahaya Sultan Ada Kuasa Mutlak – Tun M
Beliau merujuk tulisan TMJ di Twitter pada 6 April yang mempersoalkan kenapa kita memerlukan perjanjian antarabangsa ketika kekejaman masih berlaku terhadap rakyat Palestin.
Kenyataan TMJ itu dibuat sehari selepas Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri dari menyertai Statut Rom kerana kekeliruan ditimbulkan “seorang individu yang mahu bebas memukul orang”.
Dalam perkembangan berkaitan, lebih 12,000 telah menandatangani petisyen atas talian menggesa kerajaan meneruskan usaha menyertai Statut Rom.
Petisyen itu dimulakan kumpulan pelajar yang membocorkan ringkasan eksekutif empat ahli akademik yang didakwa meyakinkan Mahjlis Raja-raja untuk menolak Statut Rom.
Perang mulut membabitkan Istana Johor dengan Tun Mahathir sudah panas, kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) pula masuk campur membidas hujah TMJ tak cerdik dalam isu Statut Rom.
Entah apa nak jadi, kita tunggu jawapan balas daripada TMJ dalam masa terdekat.
Apa yang pasti isu ini akan terus berpanjangan jika masing-masing saling membalas kenyataan.