Air Masuk Semut. Boleh Minum Tak?
Salah satu keraguan yang sering menjadi tanda tanya adalah air masuk semut, boleh minum ke tidak? Admin sendiri pun sampai sekarang masih ragu-ragu. Apabila tengok air masak yang di letak di atas meja makan dimasuki semut, terus dibuang kesemua air dalam bekas tersebut. JIka difikir memang sayang juga kerana seekor semut mati dalam air masak habis dibuang semuanya.
Pernah dengar orang tua-tua cakap;
“Minum air yang dimasuki semut nanti jadi bodoh”
Betul ke sampai boleh jadi bodoh minum air masuk semut? semut memang tiada akal sejak dilahirkan tetapi semut di antara binatang yang bijak kerana konsep kerjasama mereka menjadikan tugas yang nampak mustahil bagi seekor semut yang kecil tampak mudah apabila bergabung.
Kita lupakan soal tersebut kerana apa yang admin nak tekankan di sini apakah boleh minum air masuk semut? apakah hukum minum air yang terdapat semut mati di dalamnya?
Air Masuk Semut. Boleh Minum Tak?
Apabila terdapat semut mati dalam bekas air, apakah tindakan anda? buang semua air atau buang semut yang mati itu sahaja?
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut Masuk Dalam Keadaan Sudah Mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum.
Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut Masuk Dalam Keadaan Hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut.
Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti air masuk semut dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
Mesti Baca: Hukum Berkahwin Dengan Wanita Yang Hamil Kerana Zina
Faham tak?
Secara ringkasnya begini;
Kalau nak minum air tengok ada semut yang sudah mati, buangkan saja semut itu kerana ianya mati bukan sebab anda yang matikannya dalam air.
Satu contoh lain, anda bubuh gula dalam air tetapi anda tidak nampak ada semut itu juga bukan atas sebab kita kerana tak nampak. Jadi, boleh minum air tersebut.
Pendek kata, kalau semut mati BUKAN atas sebab perbuatan kita, boleh minum air tersebut. Kalau sendiri yang buat, dah nampak ada semut dalam gula masukkan juga dalam air memang salah.
Hendak jelas lagi, mari kita tonton video daripada penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tentang hukum minum air masuk semut.