Ibu Bapa Upin Ipin Sebenarnya Dibunuh??!!

Ini adalah satu kenyataan berani dan saya suka mengatakan ibu bapa Upin Ipin sebenarnya dibunuh! Baca dengan nada dan gaya Datuk Ahmad Maslan, Menteri GST 🙂

Admin bergurau sahaja, jangan ada yang sentap kata admin berpolitik dan menghina orang pula. Blog ini bukan blog politik!

Apa yang admin nak ceritakan di sini, fakta tentang Upin Ipin yang ramai orang tak tahu terutamanya ke mana perginya ibu bapa Upin Ipin, benarkah mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika kembar tersebut masih bayi atau sebenarnya mereka dibunuh?

Bayangkan anak kecil yang kehilangan ibu bapa dan membesar sebagai anak yatim, dibesarkan nenek dan kakak kandung, ramai yang bersimpati dengan watak Upin Ipin di sebalik telatah nakal mereka.

Benarkah Ibu Bapa Upin Ipin Sebenarnya Dibunuh??!!

Jika benar ibu bapa Upin Ipin dibunuh, siapa pembunuhnya? Mengapa ibu bapa Upin Ipin dibunuh?

Agak mengejutkan juga kerana, pembunuh sebenar ibu bapa Upin Ipin adalah pencipta watak Upin Ipin itu sendiri iaitu produksi Les’ Copaque Production!

Fuuhhhh… ingat siapa yang bunuh, ada rasa gempar tak? Kalau pencipta watak sendiri yang bunuh tak mengapalah tetapi apa alasan mereka membunuh watak ibu bapa Upin Ipin?

Ibu Bapa Upin Ipin Sebenarnya Dibunuh??!!Menurut Les’ Copaque Production, watak ibu bapa Upin Ipin sebenarnya tidak sempat disiapkan sebelum bermulanya musim pertama Upin Ipin bertajuk “Hari Raya”.

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Cari Punca!

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Kerana mengejar “dateline”, pihak produksi mengambil keputusan membunuh sahaja watak ibu bapa Upin Ipin dengan babak pertama mereka mengunjungi pusara ibu bapa. Itulah alkisahnya Upin Ipin menjadi anak yatim.

Daripada mana admin tahu kisah ibu bapa Upin Ipin sebenarnya dibunuh?

Sebenarnya, admin secara tak sengaja menonton sebuah rancangan di ASTRO yang menceritakan kisah ibu bapa Upin Ipin yang tidak diketahui ramai. Barulah admin tahu kisah sebenar, ingatkan ibu bapa Upin Ipin mati kemalangan.

Itulah sejarah ibu bapa Upin Ipin sebenarnya dibunuh, bukan mati kemalangan atau sebagainya.

Sekarang kita dah tahu mengapa Upin Ipin menjadi yatim piatu, kisah mereka ini boleh menjadi inspirasi kepada anak-anak kecil yang dilahirkan tidak mempunyai ibu bapa.

Masyarakat hendaklah melindungi anak yatim dan memberikan mereka kebahagiaan, besar pahala orang yang menyayangi anak yatim 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!