Mufti Cadang Mudahkan 6000 Ibu Tunggal Di Perlis Cari Pasangan

Hari ini admin terbaca di Utusan Online kira-kira 6,000 ibu tunggal di Perlis memerlukan pasangan hidup kerana ada di antara mereka berumur 20-an sudah menjadi ibu tunggal.

Rakyat Perlis dan negeri lain yang prihatin boleh bertanya kepada isteri masing-masing sama ada mereka rela bermadu dengan niat untuk membantu ribuan ibu tunggal ini jika cadangan ini menjadi kenyataan nanti.

Mufti Cadang Kaedah Mudahkan Perkahwinan/Pencarian Jodoh 6000 Ibu Tunggal Di Perlis

Satu kaedah memudahkan perkahwinan atau pencarian jodoh dicadang diwujudkan bagi membantu kira-kira 6,000 ibu tunggal mencari pasangan mereka di negeri ini.

Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu boleh dilakukan dengan mewujudkan urusetia yang berperanan membantu memudahkan orang lelaki mencari jodoh dalam kalangan golongan tersebut.

Ibu Tunggal Di Perlis

Ini bukan ibu tunggal Perlis, ini Siti Nordiana

Kata beliau, langkah itu bukan sahaja mampu menghidupkan sunnah perkahwinan yang dilakukan Rasulullah SAW malah dapat memberi perlindungan kepada para ibu tunggal.

“Ibu tunggal di Perlis ada yang berusia seawal 20-an sehinggalah 40-an. Ini membuka peluang kepada lelaki yang ingin mencari pasangan yang halal.

Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

“Semoga kerjasama ini membantu ke arah kebaikan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan dan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Ibu Tunggal Perlis di pejabatnya di sini, hari ini – Sumber

Jangan fikir sedap saja ya…

Bagi yang kehilangan suami terutama akibat kematian hilang tempat bergantung.

Cadangan mufti Perlis untuk membantu 6000 ibu tunggal di Perlis mudah berkahwin dan mencari pasangan sudah bagus…

Cuma jangan ada yang mengambil kesempatan pula nak tambah cawangan….

Mesti Baca: Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Leave a Reply

error: Content is protected !!