Insta Viral: Cara Pemasaran Instagram Dengan Teknik Storytelling
Insta Viral: Cara Pemasaran Instagram Dengan Teknik Storytelling adalah perkongsian terkini tahun 2017 untuk anda menggandakan jualan di Instagram.
Cabaran bisnes di Instagram tahun 2017 sangat mencabar dengan saingan semakin kuat apabila ramai peniaga di Facebook beralih kepada Instagram.
- Persaingan yang semakin tinggi
- Kos yang semakin meningkat
- Paling Utama REACH YANG SEMAKIN MENURUN
Mengikut pendapat peniaga di Instagram, semenjak Instagram Ads diperkenalkan kadar CAPAIAN / REACH bagi sesuatu post dikatakan semakin RENDAH.
Sebab itu cara pemasaran Instagram mesti BERUBAH! jika kekal dengan cara lama, susah nak buat jualan di Instagram.
Adakah Anda Mengamalkan Cara Pemasaran Instagram Yang Berkesan?
Mengikut pakar motivasi perniagaan terkenal, Azizan Osman yang dipetik daripada blog beliau azizanosman.com, ada beberapa tips pemasaran di Instagram yang boleh meningkatkan jualan.
1. Gambar Berkualiti
Gambar yang cantik dan berkualiti menjadikan pemasaran di Instagram anda akan lebih efektif dan professional.
Cari idea untuk menjadikan gambar anda lebih unik untuk menarik lebih ramai pengunjung dan menonjol dari ribuan gambar oleh pesaing anda.
2. Biodata Dan Link
Instagram mempunyai biodata anda. Ianya hendaklah yang mudah diingati, ringkas dan unik. Semasa mendaftar ‘username’, pastikan anda tidak memilih nama yang terlalu panjang.
Nama merupakan identiti kepada sesuatu produk. Jika boleh, sertakan bersama ‘tagline’ untuk jenama anda dan ‘link’ perniagaan anda seperti Facebook atau Blog.
3. Targeted Follower
Semestinya pengikut anda ialah orang yang benar-benar ingin beli produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.
Sekiranya anda berniaga produk kecantikan atau barangan berkaitan wanita, target ‘followers’ anda mestilah golongan wanita yang sudah bekerja atau pelajar kolej atau universiti.
Pastikan juga, sekiranya anda ‘follow’ seseorang di Instagram, dia juga akan follow anda balik.
4. Hashtag dan Tagging.
Salah satu cara yang berkesan ialah menggunakan ‘hashtag’ (#) dan ‘tagging’. Untuk ‘hashtag’, anda boleh mengambil peluang dengan menggunakan ‘hashtag’ yang popular atau sedang ‘trending’.
Ini secara tidak langsung, apabila seseorang klik ‘hashtag’ tersebut, barangan atau produk anda akan muncul bersama. TETAPI, sila gunakan ‘hashtag’ dengan penuh etika.
5. Caption Yang Memukau
Setiap gambar yang anda muat naik, jangan lupa untuk meletakkan ‘caption’ yang menarik dan memukau pembaca.
Ulas sedikit mengenai produk dan servis yang anda sediakan.
6. Hubungkan Instagram dengan Facebook atau Twitter
Mungkin ramai yang tidak tahu, Instagram boleh dihubungkan bersama Facebook atau Twitter. Maksud yang lain, sekiranya anda memuat naik (upload) gambar anda di Instagram atau Twitter, secara automatiknya gambar tersebut akan keluar di Facebook dan Twitter.
7. Masukkan Video
Anda juga boleh memuat naik video tutorial yang anda rakam dan ‘edit’ di Instagram. Jika dahulu, ‘limit’ video adalah 20 saat, sekarang ia di’upgrade’ ke 1 minit.
Dengan satu minit ini, anda boleh memuat naik video yang berkualiti yang boleh dijadikan rujukan oleh pengguna Instagram. Selain itu, perniagaan anda akan lebih lengkap dengan video tutorial tersebut.
8. Konsisten
Sebagai seorang peniaga, anda mesti konsisten dalam memuat naik atau mengemaskini status anda di Instagram atau media sosial yang lain.
9. Promosi atau Free Gift
Jangan kedekut untuk menghargai pelanggan setia anda.
Apa kata sekali sekala anda melakukan ‘event’ seperti ‘contest’ dengan menawarkan hadiah yang menarik.
Pastinya ia akan mendapat sambutan dan secara tidak langsung memperkenalkan lagi barangan anda.
Di antara cara pemasaran Instagram yang sering diabaikan adalah STORYTELLING. Mengapa teknik storytelling sangat penting dalam pemasaran Instagram?
Salah satu sebabnya teknik storytelling atau penceritaan ini lebih dekat dengan pembaca. Selain itu, anda nampak tidak terlalu menjual dan ini akan memudahkan post anda menjadi viral.
Insta Viral: Cara Pemasaran Instagram Dengan Teknik Storytelling
Bagaimana PRODUK BARU Dan SAINGAN TINGGI Mampu Hasilkan RM22,000 Dalam Tempoh 3 Bulan Menggunakan Teknik & Strategi Pemasaran SIMPLE di Instagram?
Mahu tak anda ditunjukkan jalan yang betul pemasaran di Instagram? Ingat! tahun 2017 cabaran bisnes di Instagram semakin kuat!
Kalau anda masih dengan cara pemasaran Instagram yang lapuk anda tertinggal!
Baca seterusnya Insta Viral: Manipulasi Instagram Dan Teknik Storytelling
Masukkan EMAIL dan NAMA anda untuk Tips Buat Duit di Internet dan Info Semasa daripada blog Carian Semasa.
[wysija_form id=”5″]