Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional, Strategi Pas-UMNO Hadapi PRU15.

Tanggal 14 September 2019 tercatat sejarah yang cukup besar apabila UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Gabungan dua buah parti terbesar Melayu UMNO-PAS pasca PRU14 dilihat membentuk satu landskap baru dalam politik negara kerana umum mengetahui kedua-dua buah parti Melayu tersebut adalah musuh politik sebelum PRU14 tetapi kini bergabung sebagai satu strategi memenangi hati orang Melayu menuju PRU15 kira-kira tiga tahun lagi.

Walaupun gabungan ini dilihat sedikit mengguris perasaan akar umbi kedua-dua parti kerana sejarah silam mereka dan diperlekehkan oleh parti kerajaan, Pakatan Harapan (PH), ianya tidak menggugat usaha penyatuan tersebut yang diberi nama Muafakat Nasional.

Apa Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional?

Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional, Strategi Pas-UMNO Hadapi PRU15.

Piagam Muafakat Nasional ini mendapat sokongan MCA dan MIC yang pada mulanya agak sangsi gabungan ini akan meminggirkan kaum lain di Malaysia.

Semoga penyatuan ummah, UMNO-PAS ini mampu membentuk satu gabungan yang kuat dan mencerminkan imej pembangkang yang berkualiti seterusnya menjadi alternatif kepada rakyat bagi memilih kerajaan pada PRU15 nanti.

Kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), ini adalah satu isyarat jelas kepada mereka yang mana mereka harus segera keluar daripada mimpi indah memenangi PRU14 lalu, segera penuhi manifesto PRU14 atau ditendang rakyat ketika PRU15 nanti. Jadilah PH Kerajaan Sepenggal? Tak malukah?

Umum mengetahui orang Melayu adalah kaum yang paling banyak terguris hati dengan bermacam-macam isu terutama melibatkan kedudukan agama Islam dan hak serta keistimewaan orang Melayu yang dilihat semakin diganggu sejak PH menguasai kerajaan.

Tidak salah dikatakan Muafakat Nasional ini adalah hasil kebangkitan orang Melayu Islam daripada dua musuh politik yang bersatu demi maruah agama dan bangsa.

Tidak sabar rasanya menunggu PRU15. Betul tak?

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!