Menu

Israel Lulus Undang-Undang Larangan Azan, Ganggu Orang Tidur Ketika Subuh

Terbaca berita Israel lulus undang-undang larangan azan membuatkan muslim mendidih dan kepanasan dengan tindakan biadap Israel.

Bagi mereka, laungan azan terutama ketika azan subuh mengganggu orang yang tengah nyenyak tidur walhal azan itu tak sampai 10 minit saja.

Panas hati betul tak?

Israel Lulus Undang-Undang Larangan Azan, Ganggu Orang Tidur Ketika Subuh

Undang-undang untuk melarang laungan azan di Israel dan Baitulmaqdis Timur memenangi kelulusan awal dalam sesi Parlimen, kelmarin walaupun menerima kecaman penggubal undang-undang Arab yang melihat ia mencabuli hak kebebasan agama penduduk minoriti Islam.

Dua versi undang-undang akan dikemukakan kepada jawatankuasa untuk perbincangan lanjut sebelum undian akhir di Knesset yang mengambil proses agak panjang.

Israel Lulus Undang-Undang Larangan Azan

Salah satu daripada rang undang-undang itu melarang laungan azan melalui sistem pembesar suara antara 11 malam dan 7 pagi (waktu tempatan), manakala cadangan kedua pula meluaskan larangan sama ke kawasan kediaman penduduk dan mengenakan denda AS$2,700 (RM12,042) kepada mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut.

Mesti Baca: Kalendar 2017: 1 Muharam Diubah Ke 22 September

Penyokong rang undang-undang itu dengan biadab menyatakan ia kononnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk sekitar masjid yang mana tidur mereka terganggu apabila laungan azan Subuh berkumandang – Sumber

Walaupun islam merupakan agama yang mempunyai paling ramai penganut di dunia tapi sayangnya umat islam tidak bersatu dan saling bercakaran.

Itu yang menyebabkan umat islam terus ditindas. Hari ini, Israel lulus undang-undang larangan azan, nanti apa lagi?

Sebab itu Israel berani berbuat apa saja, mereka pandai mengambil kesempatan dengan kelemahan umat islam di samping sokongan daripada sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!