Menu

Israel Takut Tiga Perkara Angkara COVID-19

Israel Takut Tiga Perkara Angkara COVID-19. Negara haram, Israel tergugat dengan penularan virus COVID-19 yang mana ianya telah menjangkiti lebih enam ribu rakyatnya termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang terpaksa dikuarantin kerana dikhuatiri dijangkiti tetapi akhirnya disahkan negatif.

Dalam keributan dunia menghadapi COVID-19, Israel sebenarnya sangat takut akibat penularan wabak ini. Bukan sahaja kesihatan dan ekonomi yang terjejas tetapi ada tiga perkara yang menjadi kebimbangan negara haram tersebut. Apakah dia?

Israel Takut Tiga Perkara Angkara COVID-19

Israel sebuah negara haram sentiasa hidup dalam ketakutan kerana dikelilingi musuh terutama dari negara-negara Islam yang tidak mengiktiraf kewujudan negara tersebut.

Mesti Baca: Jangan Berani Isytihar Baitulmuqaddis Milik Israel!

Israel Takut Tiga Perkara Angkara COVID-19

Oleh itu, mereka sangat bimbang ketika penularan wabak COVID-19 akan melemahkan sistem pertahanan negara mereka daripada serangan musuh sama ada musuh yang nyat atau tidak kelihatan.

1. Serangan dari dalam Gaza yang bertujuan menekan kepungan diangkat atas alasan kekangan perubatan dan pergerakan bagi mencegah penularan virus serta gesaan negara penjajah memainkan peranan membendung wabak daripada tersebar dengan membekalkan peralatan mengesan wabak dan pesakit.

2. Serangan dan penculikan dari dalam Tebing Barat, yang mungkin bertambah akibat longgarnya sistem keselamatan dan perisikan Israel ketika ini.

3. Kemungkinan ISIS bangkit semula menerobos kawasan yang pernah dikuasai dengan mengambil peluang sistem ekonomi dan pemerintahan yang rapuh.

Negara haram Israel bukan sahaja berdepan dengan penularan COVID-19 yang pantas menjangkiti ribuan rakyat, kelemahan ekonomi dan pertahanan tetapi mereka lebih takutkan musuh dari luar yang mengambil kesempatan di atas kelemahan mereka sekarang. Israel takut dengan bayang-bayang ciptaan mereka sendiri.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!