Bagaimana Isteri Yang Taat Tetapi Menjadi Isteri Yang Hantar Suami Ke Neraka?

Berat tajuk ini. Isteri mana yang tergamak hantar suami ke neraka? Mengapa sampai macam itu? Nak tahu di antara sebab isteri yang hantar suami ke neraka?

Ini bukan soal isteri tidak tutup aurat, tidak solat dan sebagainya tetapi melibatkan tanggungjawab suami sebagai anak lelaki.

 isteri yang hantar suami ke neraka?

Anak lelaki yang terlalu menumpukan isteri dan anak-anak dan ada juga kes yang terlalu melebihkan keluarga mentua sehingga ibu bapa sendiri terabai.

PERINGATAN UNTUK ANAK LELAKI! Jangan sesekali lupa bahawa hubungan kamu dan ibu bapa tidak akan putus selagi kedua-duanya atau salah satu daripadanya masih hidup.

Oleh itu, jika ibu bapa terasa hati dek perbuatan kamu, tunggulah pembalasan Allah SWT yang boleh datang pada bila-bila masa sahaja.


Mesti Baca: Masih Ada Orang Tua? Baca Nasihat Jasmin Hamid

Banyak kisah yang kita dengar anak lelaki menyerahkan tanggungjawb menjaga kebajikan orang tua kepada adik beradik perempuan yang telah beranak pinak sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya digalas anak lelaki.

Bagaimana Boleh Jadi Isteri Yang Hantar Suami Ke Neraka?

Salah satu punca anak lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa adalah kerana ISTERI. Mereka melebihkan isteri dalam segala hal. Bukan semua anak lelaki begitu tetapi kebanyakan dan ini kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

Isteri sepatutnya tanpa perlu diberitahu sedar akan tanggungjawab suami mereka sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Ya benar isteri untuk disayangi tetapi jangan jadi isteri yang hantar suami ke neraka.

Isteri Yang Hantar Suami Ke Neraka?

Paling menyedihkan ada isteri yang menghasut suami untuk menjauhkan diri daripada ibu bapa. Pelbagai kaedah digunakan untuk sang suami melebihkan isteri dan melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa.

Mesti Baca: Jaga Ibu Bapa Nyanyuk Bukan Senang. Ini Caranya.

Jenis isteri macam inilah yang membuka jalan untuk sang suami masuk neraka walaupun suami seorang yang taat perintah Allah dan menjaga anak isteri dengan baik.

Memang malang bagi seorang suami yang mendapat isteri yang cuba memisahkan kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak lelaki untuk ibu bapanya.

Sedarlah wahai isteri semua! Kalau sayangkan suami beringatlah. JANGAN jadi golongan isteri yang hantar suami ke neraka.

Sayangilah ibu bapa suami seperti ibu bapa sendiri. Suami anda tidak wujud di dunia jika bukan kerana ibu bapa mereka.

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!