Juara Piala Dunia empat kali itu mendominasi sepanjang perlawanan namun gagal mencipta dan menyudahkan peluang sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

Artikel Menarik: Dua Cara Popular Bagaimana Blog Menjadi Sumber Pendapatan

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Sweden layak ke Piala Dunia Rusia 2018 selepas menempa kemenangan dalam pertemuan timbal balik pertama menerusi jaringan tunggal Jakob Johansson, penampilan pertama di aksi final Piala Dunia sejak 2006.

Malaysia Gagal Ke Piala Asia 2019

Biarpun merombak hampir keseluruhan pemain dalam kesebelasan utama, namun skrip yang sama berulang apabila Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara, sekali gus gagal layak ke Piala Asia 2019.

Kekalahan di Stadium I-Mobile hari ini menyebabkan Harimau Malaya kekal di tangga tercorot Kumpulan B, manakala Nelo Vingada buntu mencari kemenangan pertama selepas membimbing skuad negara dalam tujuh perlawanan.

Walaupun mempunyai baki satu perlawanan menentang LeĀ­banon pada tahun depan, namun ia tidak memberi makna kerana Malaysia sudah tersingkir.

Dua berita sedih bagi peminat bola sepak terutama setelah Itali gagal ke Piala Dunia 2018. Kegagalan pasukan Malaysia ke saingan Piala Asia memang sudah dijangka dan mungkin tidak ditangisi seperti kegagalan Itali ke saingan piala dunia.