Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 (Semua Negeri)
Dalam tidak sedar kita semakin hampir memasuki bulan Ramadhan yang mulia dan dinantikan seluruh umat islam dunia. Jika tiada aral melintang, umat islam di Malaysia akan menyambut 01 Ramadhan pada 06 Mei 2019 (Isnin). Apabila masuk sahaja Ramadhan, sudah tentu kita akan tercari-cari jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2019 betul tak?
Kedatangan bulan Ramadhan disambut gembira umat islam kerana bulan ini bukan sahaja peluang merebut seberapa banyak pahala tetapi juga mengandungi satu malam yang tidak ada dalam bulan lain iaitu malam Lailatul Qadar.
Tetapi, untuk mendapatkan malam tersebut bukan mudah kerana tidak diberitahu oleh Allah bila dan masa ianya terjadi, ini menjadikan kita akan giat beribadat sepanjang malam Ramadhan untuk mendapatkan malam Lalilatul Qadar tersebut.
Puasa Aku Sah Atau Tidak….???
Sebelum kita melihat jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2019, jom kita buat ulangkaji terlebih dahulu sama ada sah atau tidak berpuasa jika melakukan perkara-perkara berikut:
Mesti Baca: Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Mesti Baca: Jom Bisnes Air Balang. Modal Rendah Untung Lumayan
Daripada gambar di atas, mungkin kita baru tersedar ada sesetengah pemahaman kita selama ini berkenaan puasa batal mungkin tidak betul. Selepas ini, jangan ragu-ragu lagi, kalau ada yang tidak faham bertanya dengan mereka yang arif.
Apapun, jika boleh elak perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun tidak batal kecuali memang tak dapat hendak mengelak lagi.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 (Semua Negeri)
Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat dan simpan jadual berbuka puasa dan imsak 2019 untuk seluruh negeri di Malaysia bagi memudahkan anda membuat perancangan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Di bawah dilampirkan jadual berbuka puasa dan imsak 2019 (semua negeri). Klik negeri yang anda mahu dan download jadual tersebut.
- Perlis
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan
Sentiasa beringat untuk segera berbuka apabila sampai waktunya dan melambatkan waktu untuk bersahur kerana ianya dianjurkan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Siapa tahu Ramadhan 2019 ini adalah Ramadhan terakhir kita sebelum menghembuskan nafas terakhir, mari kita sama-sama menguatkan iman untuk menghadapi dugaan sepanjang Ramadhan, meraih seberapa banyak pahala, target untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar seterusnya menghabiskan Ramadhan tanpa meninggalkan walaupun sehari kecuali keuzuran atau sebab yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Mesti Baca: Menu Popular Berbuka Puasa Di Bazar Ramadhan