Jawatan Kosong Pegawai Perlindungan Planet, Gaji RM60K Sebulan
Gaji tahunan mencecah sehingga RM801,013 bagi individu yang berjaya menjawat jawatan Pegawai Perlindungan Planet.
Itu kata Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) yang kini mencari individu yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Hairan dengan NASA dan Amerika Syarikat ini. Boleh pula diwujudkan jawatan yang agak aneh Pegawai Perlindungan Planet bertujuan mempertahankan Bumi daripada ‘dijajah’ makhluk asing.
Emmmm… tak mengapalah bukan di Malaysia pun.
Hahahaha….
Kelakar bukan?
Memang niat NASA baik tetapi nampak sangat mengarut. Jom kita baca apa cerita sebenar jawatan Pegawai Perlindungan Planet ini.
Jawatan Kosong Pegawai Perlindungan Planet, Gaji RM60K Sebulan
NEW YORK 3 Ogos – Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) kini mencari individu yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Pegawai Perlindungan Planet.
Portal BBC melaporkan, jawatan tersebut diwujudkan dengan matlamat untuk mempertahankan Bumi daripada ‘dijajah’ makhluk asing.
Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)
Secara terperincinya, calon yang layak mengisi jawatan terbabit perlu mengelakkan berlakunya ‘pencemaran biologi dalam tubuh manusia selain menjalankan penerokaan angkasa robotik’.
Disebabkan tugas yang kelihatan begitu ‘mencabar’, gaji yang ditawarkan juga agak menarik.
Difahamkan, mereka yang menjawat jawatan itu akan menerima gaji tahunan antara AS$124,406 (RM532,892) hingga AS$187,000 (RM801,013).
Iklan mengenai kekosongan jawatan itu telah dibuka kepada semua warga Amerika Syarikat (AS) yang berminat sejak Julai lalu dan tarikh tutup permohonan ditetapkan pada pertengahan bulan ini.
Bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari kewujudan iklan tersebut.
Mesti Baca: Kerja Di Singapura, Gaji Cleaner Saja RM3000. Nak Cuba Nasib?
Dalam pada itu, NASA turut menekankan kriteria yang perlu dimiliki oleh setiap individu sebelum memohon jawatan berkenaan.
Selain memiliki pengetahuan berkaitan ‘perlindungan planet’, calon juga perlu mempunyai pengalaman dalam mana-mana program angkasa di peringkat kebangsaan.
Lebih penting, calon juga perlu memiliki ijazah dalam bidang fizik, kejuruteraan atau matematik serta boleh menyimpan ‘rahsia’ berkaitan keselamatan negara – Sumber
Itulah kisahnya jawatan kosong Pegawai Perlindungan Planet yang diwujudkan NASA semata-mata untuk melindungi bumi daripada serangan makhluk asing.
Memang niat mereka sungguh murni tapi macam kelakar..
Terpulang kepada anda nak gelak ke tak 🙂