Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:

Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Kelayakan: SPM/SVM/SKM
Bilangan kekosongan: 58
Kementerian: Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Julai 2018 (Rabu) Jam 11.59 Malam

Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Jabatan Pendaftaran Negara

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

Mesti Baca: Mohon Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19:

Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

++ Syarat-syarat kelayakan permohonan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak Kelayakan

CARA MEMOHON:

++ Permohonan jawatan kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!