Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP sebagai:
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Kelayakan: SPM/SVM/SKM
Bilangan kekosongan: 24
Kementerian: Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 05 Ogos 2018 (Ahad) Jam 11.59 Malam
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
dan
mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
Mesti Baca: Mohon Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19:
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
++ Syarat-syarat kelayakan permohonan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak Kelayakan
CARA MEMOHON:
++ Permohonan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.
Like Facebook >> Saya Mencari Kerja Kosong Kerajaan