Menu

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk tahun 2019 telah dibuka. Terdapat dua jabatan yang memerlukan pengisian jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 iaitu:

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (80 kekosongan)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (136 kekosongan)

Tarikh tutup permohonan pada 28/04/2019 (Ahad).

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Syarat Lantikan Ke Skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

++ Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan pada Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Daftar permohonan segera. Klik Butang DAFTAR di bawah.

Mesti Baca: Mohon Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Leave a Reply

error: Content is protected !!