JDT,Kelantan Didenda RM10 Ribu

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 terhadap Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung kesalahan penyokongnya.

Penyokong kedua-dua pasukan didapati melakukan kesalahan membaling objek ke dalam padang dalam perlawanan masing-masing baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

JDT,Kelantan Didenda RM10 Ribu

“Berdasarkan pertuduhan, penyokong JDT didapati telah membaling objek berupa resit sewaktu perlawanan JDT menentang Melaka dan penyokong Kelantan pula didapati telah membaling botol sewaktu perlawanan Kelantan menentang Kelab Johor Darul Ta’zim.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para penyokong tanah air untuk sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing ketika menyaksikan perlawanan di stadium.

“Ini kerana yang menjadi mangsa adalah pasukan masing-masing yang terpaksa membayar denda atas kesalahan penyokong tersebut,” katanya dalam Facebook rasmi FAM. – Sumber

Perlawanan yang mebilabtkan pasukan JDT kebiasaannya panas dan mampu menarik bilangan penonton yang ramai ke stadium.

Begitu hebat penangan dan aura Kelab Johor Darul Ta’zim.

Semua pasukan berlumba-lumba nak kalahkan mereka.

Penyokong pun tak terlepas sama.. asyik nak bergaduh je…

Sudahlah tu, tengok bola je..

Menang sorak, kalah masuk gua 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!