Menu

JDT Kempunan Ke Liga Juara-Juara Asia (ACL 2017)

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terkandas di pusingan ‘play off’ kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL 2017) di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka, hari ini dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Suita City Football, Osaka, Jepun.

Gamba Osaka mendahului menerusi Ademilson Braga Bispo Junior pada minit ke-26 dan tiga minit kemudian, penyerang Shun Nagasawa menambah derita JDT untuk menyumbat gol kedua pada minit ke-29.

Hampir 100 peminat setia ‘Boys of Straits’ hadir ke stadium untuk memberikan semangat kepada pasukan kesayangan mereka.

Mesti Baca: Betul Ke Ada Kad Pengenalan Bangsa Johor?

Pemain pertahanan Gamba Osaka, Genta Miura menjaringkan gol ketiga pada minit ke-69 untuk menamatkan cabaran JDT yang terpaksa akur dengan kehebatan lawannya walaupun JDT dilihat memberi tentangan pada separuh masa kedua.

Kekalahan dalam peringkat “play off” ACL 2017 ini bermakna JDT akan meneruskan cabaran pada saingan Piala AFC bersama Felda United.

ACL 2017

Gambar: Facebook Johor Southern Tigers

Bagi saingan Piala AFC 2017, JDT diundi berada dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Myanmar, Magwe FC; kelab Filipina, Global FC/Loyola Meralco Sparks FC dan pemenang ‘play off’ di antara kelab dari Laos dan Kemboja.

Felda United pula diundi berada dalam Kumpulan G bersama-sama kelab Vietnam, Hanoi T(amp)T SHB Da Nang; kelab Filipina, Ceres Negros FC dan kelab Singapura, Tampines Rovers FC/Geylang International FC.

Apapun, tahniah kepada JDT kerana sebagai wakil negara ke peringkat ACL 2017, mereka telah membuat yang terbaik tetapi Gamba Osaka pasukan yang lebih mantap dan berpengalaman.

Harap JDT cemerlang dalam peringkat piala AFC 2017 bersama-sama Felda United nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!