JDT Konsisten, Pahang Penyakit Lama.

JDT konsisten mengukuhkan kedudukan liga dan fokus untuk menggapai juara Liga Super Malaysia 2019 buat kali ke-6 berturut-turut.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JDT sukar dikalahkan dan tidak mencicirkan mata berbanding pencabar terdekat, Pahang yang mencatat kekalahan pertama liga menjadikan jurang 5 mata dengan JDT di tangga teratas.

Pahang penyakit lama! itu rumusan yang tepat kerana mereka saling tidak tumpah seperti musim 2018 yang mana mereka sangat gah dalam pusingan pertama liga, memberi cabaran sengit kepada JDT tetapi memasuki pusingan kedua, Pahang mula menunjukkan kemerosotan prestasi dengan aksi yang longlai, mencicirkan mata penting dan akhirnya gagal menyaingi JDT untuk muncul juara Liga Super.

JDT Konsisten

Pahang yang dilihat pencabar terkuat JDT tahun ini harus segera bangkit memberi saingan kerana selepas tumpas kali pertama kepada PJ City FC pada 04 Mei lalu, mereka akan kembali bertemu JDT dalam pusingan kedua liga. Pusingan pertama di laman sendiri, Pahang hanya mencatat keputusan seri walaupun menentang JDT yang kekurangan seorang pemain.

JDT Konsisten Buru Juara Liga Super Malaysia 2019!

Jika Pahang tewas lagi buat kali kedua, JDT pasti boleh tersenyum lebar kerana jurang mata semakin jauh menjadi 8 mata manakala Pahang semakin tertekan kerana pasukan di tangga ketiga akan terus menghambat dari belakang.

Skrip 2018 akan berulang jika Pahang tidak konsisten, jika mereka terlepas perebutan juara liga dengan JDT, sekurang-kurangnya pertahankan Piala FA yang masih samar selepas tewas kepada Terengganu dalam suku akhir pertama walaupun membawa pulang bekalan gol di tempat lawan.

Mesti Baca: Jadual Liga Super Dan Liga Perdana Malaysia 2019

Pasukan lain dalam liga yang tidak kurang hebatnya seperti Kedah, Selangor, Melaka dan PKNS pasti mengidam untuk sekurangnya menamatkan liga dengan dengan kedudukan lima terbaik. Jika JDT mengesahkan kejuaraan awal Liga Super Malaysia 2019, persaingan tempat kedua pasti sengit.

JDT Konsisten

Bagi kelompok bawahan liga, dua tempat terbawah akan terhumban ke Liga Perdana musim depan. Ketika ini, Felda United dan Kuala Lumpur FA yang menghuni dua tangga terbawah masih mempunyai banyak perlawanan untuk mereka bangkit dan keluar daripada zon penyingkiran. Mereka masih berpeluang kekal dalam Liga Super Malaysia 2020 kerana jurang mata tidak terlalu jauh.

Memasuki pusingan kedua liga, semua pasukan tidak boleh leka lagi kerana keciciran mata akan memberikan tekanan sama ada mengejar JDT di tangga teratas atau kekal dalam liga super untuk tahun hadapan.

Apa yang pasti JDT konsisten, itu kelebihan mereka yang tidak dapat dinafikan. Pasukan lain boleh memasang impian untuk muncul juara Liga Super Malaysia 2019 tetapi mampukah mereka menyaingi JDT?

Leave a Reply

error: Content is protected !!