Menu

JDT Vs Pahang + Rakyat Malaysia?

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba bagi pertembungan dua pasukan yang menghuni tangga teratas Liga Super Malaysia 2019. Kedua-dua pasukan dibezakan dengan dua mata sahaja, JDT di tangga pertama dan Pahang kedua. Seperti biasa, pertembungan melibatkan pasukan JDT akan timbul cakap-cakap belakang, kononnya rakyat Malaysia akan menyokong pasukan mana pun yang menentang JDT. Pendek kata, malam ini pasukan JDT vs Pahang + Rakyat Malaysia. Kelakar bukan?

Sejak JDT mendominasi Liga Super Malaysia dengan menjuarai liga lima tahun berturut-turut, tidak mustahil akan timbul perasaan cemburu kepada pasukan lawan. Namun, tidak dapat dinafikan JDT sebuah pasukan yang serba lengkap, pasukan dalam liga Malaysia memang sukar menandingi sama ada daripada aspek kemudahan latihan, kewangan, pengurusan dan sebagainya.

JDT Vs Pahang + Rakyat Malaysia?

Berbalik kepada perlawanan yang ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan, malam ini, Ahad, 28/04 akan menentukan pasukan mana yang akan menjuarai pusingan pertama Liga Super Malaysia.

Sudah pasti perlawanan JDT Vs Pahang akan hangat sama ada aksi daripada pemain atau penyokong kedua-dua pasukan. Seperti yang diketahui, majoriti rakyat Malaysia akan menyokong Pahang untuk menumpaskan JDT. Kenyataan ini nampak berat sebelah tetapi ianya hakikat yang tidak dapat ditolak.

Situasi ini diakui sendiri oleh Facebook Rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers yang menjangkakan JDT bukan sahaja menentang Pahang bersama penyokong mereka tetapi juga rakyat Malaysia yang mahu melihat kekalahan JDT.

JDT Vs Pahang + Rakyat Malaysia
Sumber: Johor Southern Tigers

Tidak kisah siapa yang menang, kita hanya mahu melihat perlawanan berkualiti daripada kedua-dua pasukan teratas Liga Super Malaysia 2019 ini.

Siapa yang menang akan menjuarai pusingan pertama liga dan jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, JDT kekal di atas.

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan perlawanan tumpuan yang paling ditunggu dan dijangka sengit malam ini, Ahad, 28/04.

Jika tidak ke stadium, perlawanan boleh disaksikan di iflix, siaran langsung JDT Vs Pahang juga disiarkan di TV9 jam 9 malam.

Benarkah JDT Vs Pahang + Rakyat Malaysia? kita saskikan malam ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!