Menu

Jenis-Jenis Mimpi Dalam Islam, Sebab Dan Tindakan Selepas Mimpi Buruk.

Mimpi yang sering dianggap mainan tidur adakalanya memberi kebahagian jika mimpi itu indah tetapi menjadi ketakutan apabila bermimpi sesuatu yang buruk. Apakah maksud mimpi dan apakah bentuk mimpi dalam islam?

Mimpi adalah perkara yang berlaku ketika tidur dan kita melihat sesuatu di dalam mimpi tersebut.

Ia sangat berkait rapat dengan roh kerana apabila kita tidur, roh kita akan keluar pergi ke mana-mana dan roh itu akan berbuat sesuatu.

3 Jenis Mimpi Dalam Islam

Dalam Islam, mimpi ada tiga pecahan iaitu mimpi yang benar daripada ALLAH, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur.

1. Mimpi Yang Benar Daripada Allah

Mimpi yang benar daripada ALLAH adalah mimpi yang baik seperti menunaikan umrah, pergi haji, mimpi solat dan seumpamanya.

1. Mimpi Daripada Syaitan

Adapun, mimpi daripada syaitan itu adalah mimpi yang buruk, contohnya mimpi terjun bangunan dan dikejar anjing gila.

3. Mimpi Mainan Tidur

Mimpi mainan tidur pula disebabkan oleh sesuatu yang kita bawa daripada alam sedar hingga diheret masuk ke alam tidur. Ia seperti kita menonton perlawanan bola sepak, kemudian kita terbawa-bawa perlawanan bola itu ketika tidur.

Mengapa Mimpi Daripada Syaitan Dan Mainan Tidur Terjadi?

Kenapa mimpi mainan tidur berlaku? ianya boleh berlaku apabila kita tidur tanpa adab-adab tidur seperti tiada wuduk, tidur tidak menghadap kiblat dan tidak mengiring ke kanan, tidak membaca ayat al-Quran yang selalu dilazimi oleh Nabi Muhammad SAW, ayat Kursi dan doa tidur.

Jadi, syaitan akan mengelirukan roh kita sebab mimpi berlaku kerana roh kita berbuat sesuatu. Ketika tidur, separuh daripada roh kita akan pergi ke suatu tempat dan lakukan suatu perkara.

Mesti Baca: Boleh Tak Manusia Masuk Alam Bunian? Bagaimana Caranya?

3 Jenis Mimpi Dalam Islam

Disebabkan tiada adab-adab tidur tadi, roh itu akan dikelirukan oleh syaitan ketika kita tidur. Itu yang kita boleh mimpi yang buruk-buruk seperti patah gigi, terjun bangunan, jatuh basikal dan sebagainya.

Selain itu, tanda mimpi mainan syaitan adalah mimpi itu buruk. Lazimnya, apabila kita tersedar daripada bermimpi sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup kita, kita terkejut.

Ia seperti kita mimpi terjatuh bangunan. Sebelum kita ‘terhempas’, kita terjaga dan terkejut. Ini kerana roh sudah masuk balik dalam badan. Sebab itulah kita macam termengah-mengah kerana roh kita tadi melarikan diri.

Selepas Mimpi Buruk, Apakah Perlu Buat?

Selepas bermimpi buruk, ikutlah ajaran Nabi Muhammad SAW untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan akibat mimpi tersebut.

1. Pusingkan kepala dan wajah kita ke kiri, ludah tanpa air liur sebanyak tiga kali. Ludah tersebut sekadar buang angin pada mulut kita. Ia ibarat ada satu benda macam nasi yang ada di bibir kita yang hendak dilontarkan keluar.

2. Berlindunglah dengan ALLAH daripada mainan syaitan tadi dengan menyebut A’uzu billahi minashaitanir rajim.

3. Apabila bangun keesokan pagi, maka nabi berpesan agar jangan hebahkan kepada sesiapa tidak kira mimpi itu baik atau buruk.

Itulah 3 jenis mimpi dalam Islam, sebab mimpi buruk dan apakah tindakan selepas mimpi buruk.

Jangan terlalu taksub mentafsirkan mimpi mengikut pendapat sendiri sehingga membebankan orang lain, dapatkan nasihat agamawan jika mimpi tersebut menyebabkan gangguan dalam kehidupan.

Sumber Artikel




One Comment
  1. Dark August 3, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!