Yang Mana Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia?

Tahu Tak Yang Mana Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia? Kucing dengan manusia tak dapat dipisahkan. Ke mana-mana saja kita pergi, makan di kedai, pergi pasar walhal di tepi jalan pun kita nampak kucing merayau-rayau.

Sememangnya kucing sangat dekat dengan kehidupan manusia. Oleh kerana kucing haiwan yang jinak dan mudah dipelihara, haiwan ini selalu dijadikan haiwan peliharaan.

Dengan wajah yang comel dan keletah yang mencuit hati, kucing boleh menghilangkan stress bagi kebanyakan orang.

Anda ada bela kucing? bagaimana asal usul kucing tersebut? beli atau orang bagi? Bagi yang mampu dan duit melimpah ruah sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli seekor kucing.

Jika anda peminat tegar kucing, tahu tak baka kucing paling mahal di dunia?

Ashera – Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

 

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

  • Harga: RM64,000 hingga RM426,000
  • Baka kucing termahal di dunia jatuh kepada, Ashera, merupakan baka yang dikacuk antara kucing serval Afrika, kucing Asian Leopard dan kucing domestik biasa.
  • Berkarakteristik, sangat bijak, setia dan juga manja, namun kesahihan dan ketulenan baka ini dipertikai kerana satu-satunya kucing yang diuji DNA-nya dan telah terbukti sebagai baka Savannah.

Senarai 9 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Bayangkan baka kucing Ashera saja dah mencecah sehingga RM64,000 iaitu harga sebuah Perodua Alza, memang meraung pemilik kalau kucing tersebut hilang. Teringat Datuk Aliff Shukri meraung kucing mahalnya hilang.

1. British Shorthair: RM2,000 hingga RM6,500

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

2. Scottish Fold: RM850 hingga RM12,800

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

3. Sphynx: RM1,280 hingga RM12,800

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

4. Russian Blue: RM1,700 hingga RM12,800

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

5. Peterbald: RM5,000 hingga RM20,000

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

6. Parsi: RM2,100 hingga RM23,500

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

7. Allerca Hypoallergenic: RM25,500

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

8. Bengal: Sehingga RM106,000

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

9. Savannah: RM6,400 hingga RM212,000

Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Memang seram sejuk admin tengok harga kucing-kucing baka mahal ini. Kalau berduit sekalipun rasanya beli kucing kampung sahaja.

Tetapi bagi yang berduit dan minat, terpulanglah. Cuma berjaga-jaga sedikit takut hilang. Meraung sampai ke subuh kalau hilang kucing paling mahal di dunia.

Mesti Baca: Cara Simpan Beras Yang Betul, Elak Kutu Beras

Leave a Reply

error: Content is protected !!