Johor Dalam Malaysia, Kenapa Tak Boleh Campur? – Tun M
Perdebatan terbuka di antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan Kesultanan Johor seperti tidak akan berakhir. Masing-masing saling membalas kenyataan sehingga melibatkan status negeri Johor dalam Malaysia pula.
Sebelum itu, Sultan Johor ada membuat kenyataan melalui Facebook yang baginda mahu “pihak tertentu” berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik.titah sedemikian kerana negeri itu berdaulat dan masih mempunyai seorang Sultan.

Tanpa menyebutkan nama secara khusus, baginda menyarankan pihak berkenaan tumpukan kepada usaha menjaga negara.
“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang sultan.
“Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” katanya, semalam.
Johor Dalam Malaysia, Kenapa Kerajaan Tak Boleh Campur? – Tun M
Tun Dr Mahathir membalas semula kenyataan tersebut;
“Saya tidak tahu (dakwaan campurtangan hal dalaman pentadbiran Johor). Tetapi saya percaya Johor adalah sebahagian daripada negara ini.
“Melainkan Johor negara asing, saya tidak campurtangan dalam hal dalaman negara luar itu”.
Mesti Baca: Kereta Terbang Malaysia Vector Betul Ke Boleh Terbang?

Ketegangan timbul antara istana Johor dan Dr Mahathir dalam isu ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dengan perdana menteri mengumumkan bahawa Malaysia menarik diri berikutan kekeliruan dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.
Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekeliruan yang dicipta oleh orang tertentu “yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu”.
“Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia,” kata Mahathir.
Ketegangan itu ditambah lagi dengan pengosongan kerusi menteri besar Johor yang kedua-dua pihak (istana dan parti pemenang dalam pilihan raya) mendakwa mempunyai hak menentukan siapa pengganti Osman Sapian.
Perdebatan terbuka di antara pihak Istana Johor dengan kerajaan ketika ini terutama melibatkan Tun Mahathir seperti tidak akan berakhir.
Masing-masing mempertahankan kepentingan dan pendapat sendiri. Siapa betul siapa salah bukan persoalan di sini, pada pendapat admin, kerajaan juga mesti mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat begitu juga pihak Istana.
Selagi Johor dalam Malaysia, cukuplah berbalah, duduk semeja dan cari jalan penyelesaian. Masing-masing jangan ego. Jangan akhirnya, rakyat menjadi mangsa kerana kuasa.