Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2019 (Semua Negeri)

Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, di antara perkara yang wajib ditunaikan selain berpuasa adalah membayar zakat fitrah bagi yang mampu. Berapakah kadar bayaran zakat fitrah 2019 bagi semua negeri di Malaysia?

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Zakat Fitrah: Apa Yang Perlu Kita Tahu?

Sebelum kita mengetahui kadar bayaran zakat fitrah 2019 bagi semua negeri di Malaysia, mari kita membaca terlebih dahulu perkara-perkara berkaitan zakat fitrah yang dipetik daripada website Majlis Agama Islam Negeri Johor.

1. Hukum Membayar Zakat Fitrah

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

2. Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

i. Menampung Kekurangan Semasa Berpuasa

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

ii. Membantu Fakir Dan Miskin Pada Hari Raya Aidilfitri

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

3. Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • Islam dan merdeka.
  • Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Mesti Baca: Download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 (Semua Negeri)

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

  • Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
  • Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

4. Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

  • Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  • Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
  • sembahyang sunat Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  • Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

5. Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

  • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
  • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
  • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2019 (Semua Negeri)

Berikut adalah kadar zakat fitrah yang wajib dibayar oleh mereka yang berkemampuan bagi semua negeri di Malaysia untuk tahun 2019.

Kadar bayaran zakat fitrah 2019 bagi semua negeri di Malaysia sudah tahu, sebaik-baiknya bayar awal, jangan tunggu sehingga saat akhir kerana masa itu kita mungkin sibuk membuat persiapan menyambut hari raya Aidilfitri dan terlupa atau kena beratur panjang untuk membayar zakat fitrah nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!