Menu

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Pahang 2017 Kekal RM7

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Pahang 2017. Apabila hampir masuk bulan Ramadhan, umat islam mula kelihatan sibuk dan tidak sabar untuk menyambut bulan yang ditunggu-tunggu untuk merebut berbagai-bagai ganjaran yang dijanjikan Allah.

Bersyukur kepada tuhan jika kita masih diberi kesempatan bertemu bulan yang penuh rahmat ini kira-kira seminggu sahaja lagi.

Insya’Allah kita akan menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu, 27 Mei 2017.

Bermula sahaja bulan Ramadhan nanti, umat islam akan mula membayar zakat fitrah. Kadar bayaran zakat fitrah berbeza-beza mengikut negeri.

Bagi negeri admin iaitu Pahang zakat fitrah kekal pada harga RM7. Untuk negeri lain admin akan update apabila mendapat info ok 🙂

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Pahang 2017 Kekal RM7

KADAR zakat fitrah di Pahang tahun ini kekal RM7 iaitu berdasarkan harga beras ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar itu kekal untuk sembilan tahun berturut-turut sejak 2009.

Katanya, pada 2007 kadar zakat fitrah RM4.80 dan dinaikkan kepada RM7.30 pada 2008 sebelum turun kepada RM7 pada 2009 sehingga tahun ini.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Pahang 2017

“Bagi melancarkan urusan pembayaran zakat fitrah, seramai 896 amil ditauliahkan untuk melaksanakan kutipan zakat berkenaan di seluruh Pahang.

“Berdasarkan rekod, jumlah kutipan zakat fitrah pada 2015 sebanyak RM5.9 juta yang membabitkan lebih 969,000 pembayar manakala RM6.013 juta kutipan membabitkan 981,894 pembayar tahun lalu,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Mesti Baca: Tempoh Giliran Tunai Haji Dipendekkan 89 Tahun Daripada 102 

Sementara itu, beliau berkata individu didapati mengutip zakat fitrah tanpa diberi kuasa oleh MUIP adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya – Sumber

Jangan lupa tunaikan kewajipan membayar zakat fitrah bagi yang mampu.

Kadar bayaran zakat fitrah Pahang 2017 kekal RM7.

Bagi negeri lain, admin akan update apabila mendapat info sahih nanti ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!