Menu

Kajol Turun Kl, 5 Ribu Turun Jalan Masjid India

Hari ini Kl sesak sebab Kajol turun Kl.. Jangan main-main 5 ribu turun, nasib baik MRT dah siap boleh naik pengangkutan awam saja..

Kajol.. Kajol.. Dah tua pun masih lawa.. tapi lawa lagi bini admin (nanti orang rumah marah).. Admin pun mula kenal Kajol sebab filem Kuch..Kuch..Hota Hai..

Masa tu admin masih belajar lagi.. Kuat penangan Kajol dan Shah Rukh Khan masa tu dalam awal tahun 2000, habis satu Malaysia demam Bollywood tapi admin demam Ramlah Ram saja..

Fuhhh…. masih hebat penangan Kajol..

Kajol Turun Kl, 5 Ribu Turun Jalan Masjid India

“KAMI tidak sabar menanti kehadiran pelakon kesayangan kami,” demikian antara jeritan kata-kata peminat Heroin filem Dilwale, Kajol, 43, yang sedang menanti kehadiran pelakon Bollywood itu di Jalan Masjid India, petang ini.

Difahamkan, kehadiran Kajol ke Malaysia kali ini adalah untuk mempromosi filem baharu lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2.

Kajol Turun Kl

Menurut Hani, 23, perkhabaran berita mengenai Kajol yang akan bertandang ke Malaysia yang diterimanya semalam membuatkan dia tidak senang duduk.

“Saya datang awal petang tadi lagi, tak sabar nak lihat wajah Kajol secara ‘live’,” katanya kepada Sinar Online.

Sementara itu menurut Alia, 25, dia terus bergegas dari tempat kerjanya untuk ‘menyerbu’ Kajol.

“Baru sahaja habis kerja bang, terus saya dan kawan-kawan berlari ke sini,” katanya.

Manakala menurut Nina, 25, pula berkata dia sangat berhasrat untuk bergambar dengan Kajol.

Mesti Baca: Orang Pantai Timur Paling Ramai Cari Maria Ozawa

“Harap dapat peluang kali ini,” katanya.

Difahamkan Kajol akan dijadualkan bertemu dengan peminat-peminatnya pada jam 6 petang di pentas utama di, Jalan Masjid India di sini.

Memetik laporan media tempatan, isteri kepada Ajay Devgan itu akan diiringi oleh hero dan pengarah VIP2 iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.

Selain acara bertemu dengan peminat, tetamu yang dibawa khas oleh Malik Streams Corporation itu juga akan mengadakan temu bual dengan beberapa saluran televisyen tempatan bagi mempromosi VIP2.

Kajol Turun Kl

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem tersebut di Malaysia berkata, antara faktor utama dia berminat dengan VIP2 kerana penampilan Kajol dalam filem tersebut.

“VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014. Filem tersebut mendapat sambutan hangat dan saya yakin VIP2 akan diterima di sini.

“Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale. Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” katanya.

Filem yang disiarkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu itu akan menemui penonton di pawagam Ogos ini – Sumber

Kajol turun KL habis 5 ribu peminat banjiri Jalan Masjid India.

Mesti sesak teruk masa tu..

Kalau dah minat apa pun sanggup betul tak?

Admin minat Ramlah Ram 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!