Menu

Kalau Dapat Undur Masa, Mayat Pun Nak Bangun

Masa itu emas. Itulah perumpamaan yang sering kita dengar bagi menunjukkan betapa berharganya masa. Namun, kita banyak membuang masa dengan membuat perkara tidak berfaedah sehingga maut menjemput. Tahukah kita kalau dapat undur masa, mayat di kubur pun nak bangun supaya dapat solat walaupun hanya satu rakaat!

Semasa hidup kita lalai dengan kenikmatan dunia, bermewah dan berseronok sehingga terlupa kehidupan selepas mati. Itulah tujuan asal kita dihantar ke dunia supaya beribadat dan mencari bekalan pahala sebanyak mungkin untuk dibawa ke hari pembalasan nanti.

Mesti Baca: Matahari Terbit Dari Barat. Bagaimana Keadaannya?

Sebab itu, jika diberi pilihan, mayat di kubur pun nak bangun dan bertaubat, beribadat sebanyak mungkin kerana mereka tahu erti penyesalan setelah mati.

Kita yang masih hidup dan masih sihat, terfikirkah kita nasib di alam kubur nanti? apakah kita masih lalai? cukupkah amalan kita? kita mati bila-bila masa sahaja.

Kalau Dapat Undur Masa, Mayat Pun Nak Bangun

ANTARA tanda sempurna atau eloknya Islam pada diri seseorang ialah dia akan meninggalkan perkara yang tidak menjadi manfaat buat dirinya.

Setiap amalan yang kita lakukan sejak bangun daripada tidur sehingga kita tidur semula pada setiap hari akan dibentangkan di padang mahsyar kelak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan ‘Kitab-kitab Amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu berasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: ‘Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!’ Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya), dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.’” (Surah Al-Kahfi, ayat 49)

Mesti Baca: Dajal Ini Makhluk Apa?

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ayyuhal Walad menyatakan, Rasulullah SAW menasihatkan umatnya dengan sabdanya yang bermaksud:

“Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah SWT daripada seseorang hamba apabila dia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang digunakan pada barang yang bukan adalah tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah dia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar itu sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.”

Kalau Dapat Undur Masa, Mayat Pun Nak Bangun

Apabila hati seseorang sudah ‘mati’, maka ketika disampaikan kedahsyatan seksaan di neraka sekalipun, mereka tetap tidak mempedulikannya.

Begitu juga dengan pahala berlipat kali ganda ditawarkan. Semua itu tidak dipedulikan kerana ganjaran pahala itu tidak dapat dilihat dengan matanya.

Seksaan neraka itu hanya akan ditakuti manusia selepas ia dibentangkan kepada mereka. Ketakutan yang amat sangat itu menyebabkan diri mereka lupa kepada ahli keluarganya sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Pada hari seseorang itu lari daripada saudaranya. Dan ibunya serta bapanya. Dan isterinya serta anak-anaknya. Kerana tiap-tiap seorang daripada mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.” (Surah ‘Abasa ayat 34-37)

Mesti Baca: Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Dalam keadaan sekarang, kita tahu pelbagai kelebihan sesuatu amalan namun sukar mengamalkannya.

Contohnya, kita sering diingatkan mengenai kelebihan solat berjemaah itu ganjarannya 27 kali ganda daripada solat bersendirian.

Begitu juga kelebihan amalan sunat seperti solat sunat dua rakaat sebelum subuh di mana ia lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya.

Ibn Khudamah dalam kitabnya menyatakan, ada orang di dalam kubur bercita-cita hendak keluar hanya untuk sebut ‘Subhanallah’ kerana mungkin perkara itu dapat memadamkan dosanya.

Ada juga orang di dalam kubur mengharap untuk keluar sebentar hidup di dunia bagi menunaikan solat walaupun satu rakaat dengan harapan ia dapat mengangkat darjatnya. Bagaimanapun, itu tidak dapat lagi dilakukan lagi.

Sumber Artikel

Admin doakan kita semua mati dalam keadaan beriman. Ingatlah sejauh mana hebatnya kita di dunia tetapi di akhirat nanti kita sama sahaja di sisi Allah.

Sementara masih sihat marilah kita kembali ke jalan Allah kerana kalau dapat undur masa, kita tidak dapat kembali ke dunia lagi jika sudah dijemput Illahi.

Leave a Reply

error: Content is protected !!